Tuesday, April 28, 2009

Tak pandai menilai..

Masih terngiang-ngiang di telinga gua..bila R cakap kat gua..

Lelaki walau macam mana baik pun, akan memandang rupa jugak. Termasuklah yang tak hensem pun.

Gua just tersenyum. Memang gua akui apa yang R katakan tu benar. Walaupun bukanlah 100% benar, tapi memang benar pun. Gua sebenarnya tak boleh nak cakap lebih. Sebab gua bukan lelaki. Tapi gua hanya boleh bercakap berdasarkan apa yang gua nampak di sekeliling gua..so, gua hanya boleh menyatakan pendapat. Bukanlah gua nak semua orang setuju dengan pendapat gua pun. Sekadar pendapat sendiri, that's all.

Lelaki memang sukakan yang cantik. Tak kisah dari segi apa, asalkan cantik. Kalau tak melihat pada kecantikan luaran pun, lelaki akan memandang kecantikan dalaman. Ada lelaki sukakan perempuan yang cantik pada paras, tapi tak kisah akan perilaku perempuan tu. Macam yang pernah seseorang cakap pada gua..

Perangai boleh diubah. Tapi rupa kalau tak cantik, tak cantik jugak. So better pilih yang cantik. Perangai kemudian cerita..

Ada lelaki tidak kisah akan rupa seorang perempuan. Ataupun bentuk fizikal dia. Tak kisah perempuan tu kurus, gemuk, tinggi atau rendah.. Asalkan dia selesa dengan keadaan perempuan tu dan jugak perilaku dia. Tapi gua wonder, tinggal berapa kerat aje lelaki yang macam ni eh?

Ada sorang kawan gua yang lelaki pernah cakap kat gua..

Aku kalau awek aku memang nak yang cun. Tapi kalau nak buat bini aku taknak lah yang cun sangat..yang biasa-biasa dah cukup.

Boleh pulak macam tu eh??

Mengikut pengalaman seorang kawan gua pulak.. pernah sekali dia berkawan dengan seorang lelaki yang dikenali dalam telefon (kes salah nombor). Lelaki tu ajak kawan gua jumpa dia. Kawan gua pun pergi lah..tapi dia bawak lah sorang kawan dia sebagai teman. Kawan kepada kawan gua ni biasa-biasa aje. Kawan gua pulak boleh dikira cun lah jugak..Yang si mamat ni mula-mula boleh pulak menyorok.. Tengok dari jauh sama adam kawan gua ni cun ke tak. Bila dia tengok kawan gua kira cun lah jugak..dia pun datang dekat. Pastu dia boleh pulak cerita balik kat kawan gua.

Nasib baik lah awak bukan kawan awak tu. Tak lawa. Tak sukalah. Dah lah berpeluh-peluh. Kalau awak dia, saya dah lari balik dah.

Ada jugak lelaki jenis camtu eh? Kelakar..Dah lah kawan gua cakap dia bukannya hensem pun. Tapi boleh pulak cakap kat perempuan macam tu. Gua tergelak gila-gila bila dengar. Kalau lelaki hensem tu boleh terima lah jugak bila dia cakap gitu...ni dah lah muka tu tak hensem, pastu boleh pulak mengata orang tak lawa..Patutnya dia sedar dulu diri dia macam mana. Sebelum kata orang, baik cermin diri sendiri dulu. uhuhuhu.

Kesimpulannya, gua makin tak pandai nak menilai lelaki. Macam-macam perangai lelaki gua dah jumpa. Yang baik, yang desperate, yang keparat, yang gatal..dan macam-macam kombinasi lagi. Tu sebab bila orang tanya gua, "Kau nak lelaki yang macam mana sebenarnya?".. gua dah tak boleh nak jawab! Pening..pening..

Saturday, April 25, 2009

Penat tapi berbaloi..

Phew. Agak keletihan badan gua hari ni. Baru balik dari KL sempat lagi mengadap internet. haha. Apa nak buat, dah jadi resam gua.. Satu hari tak mengadap benda alah ni macam tak lengkap pulak hidup!

Tadi gua ingat nak ke Book Fair kat PWTC tu. Tapi tak jadi. Rasa malas pulak tiba-tiba. Lagipun weekend.. Mesti orang tengah ramai. Lagi pulak esok last day dia... For sure lah gua jadi ikan sardin kalau pergi sana. Tak sanggup lah gua.. Hanya kerana nak membelek buku-buku yang entah gua confirm beli ke tidak tu.. gua nak kena berasak-asak macam tu dengan orang ramai. Hisy..tak kuasa lah gua. Tunggu tahun depan punya baru pergi. Tu pun kalau ada hati nak pergi..

So, tadi gua just pergi Midvalley aje. Gua naik komuter sebab senang sikit. tak payah leceh itu ini. Dalam tren pulak, punya lah ramai manusia masa nak pergi tu. Sebab hari ni tren lambat! So ramai lah orang menunggu kat stesen tu! Nasib baik lah dapat jugak gua duduk! Kalau tak mahu krem kepala lutut gua nak berdiri sampai ke Midvalley tu..

Macam biasalah, gua akan masuk MPH tiap kali gua ke Midvalley tu. Tak dapat pergi Book Fair pun takpe..MPH kan ada. Sama jugak jual buku. Cuma tak berapa nak diskaun aje. haha. Nevermind. :p So, gua sambar jugak lah buku kat situ. Gua sambar dua buah. New Moon & Eclipse. Sejak gua tengok movie Twilight tu, gua terjatuh hati lah pulak dengan cerita tu. So, macam dah tak sabar sangat nak tunggu sambungan, better gua cari aje novel dia. Boleh jugak gua baca. Twilight saga ada 4 series. Selain Twilight, New Moon & Eclipse, ada satu lagi iaitu Breaking Dawn. Tapi tadi gua tak sambar dulu lah Breaking Dawn tu. Pasal mahal sangat lah pulak. 60 something! Gua sambar yg dua tu pun dah dekat seratus duit gua kopak! Tunggu lah habis baca yang dua tu dulu, baru gua sambar yang last tu..

Masa nak balik.. komuter macam biasalah gerenti penuh. Nak taknak kena lah gua jadi sardin dalam tu. Berhimpit dengan orang ramai. Tu lah satu benda yang gua tak suka tentang komuter.. Lain semua okay je. Tapi kejap jelah gua berdiri..sampai Serdang dah dapat duduk dah! Tu pun sebelah Pak Arab yang dok tersenyum je kat gua. Macam biasalah gua buat muka kerek aje.. hahaha.

Gua tertarik dengan satu couple ni..Couple ni berdiri dekat-dekat gua je dalam tren tu..Yang girl nya Malay tapi boyfriend dia Chinese. Sweet sangat gua tengok diorang ni..Berborak ala-ala Malay lah tapi pelat Cina mamat tu still pekat jugak. Sempat jugak lah gua curi dengar apa diorang sembang. hahahah. Tapi biarlah rahsia. :p Yang penting, apa yang gua cuba nak sampaikan..gua rasa diorang tu sweet! Tak selalu gua jumpa interracial couple dalam tren. So gua macam jakun lah jugak. ehehe..In fact, gua memang suka tengok interracial couple pun..

Lagipun, gua kan memang suka Chinese guy..Dia tu dulu pun kira chinese lah jugak walaupun half aje. Tapi putih dia sama jugak macam mamat cina. Tapi apa nak buat, takde jodoh.. Gua skang ni pun macam dah takde perasaan.. hari-hari gua just tumpu pada sekolah aje. Makin lama makin bz, makin banyak kerja..Tapi takpe..dah bidang tugas gua macam tu kan.. Kadang-kadang seronok jugak tengok couple sana sini.. Cemburu lah jugak. Tapi hati gua ni sekarang macam dah tak ke arah tu lagi.. Maybe sebab gua belum jumpa lagi orang yang gua betul-betul boleh suka macam gua suka kat dia tu dulu.. Tu lah.. Dulu zaman muda mudi, bila ada orang baik-baik nak kat gua, habis semua gua tolak.. Alasan gua sebab tak boleh nak lupakan dia tu.. Bukan senang nak lupa dia macam tu aje..dia ada dalam hidup gua bertahun-tahun..bila dah tak ada, kena lah ambik masa nak heal hati gua ni. Bila hati dah boleh terima orang lain..gua pergi bagi can pulak kat malaun keparat! Tertekan jugak lah gua sekejap! Tapi gua bersyukur gua sempat blah. Kalau tidak, taktau lah apa jadi dengan hati gua ni..mau remuk, hancur, luluh! Bila dah jadi macam tu, gua fobia pulak nak bukak hati lagi..sebab gua taknak tersilap lagi. No more jantan durjana! Cukuplah sekali beb! Serikkkkkkk

Tapi tak apa..suatu masa nanti hati gua akan terbukak balik kot.. Masa tu mungkin gua akan jumpa my other half. Siapa tahu kan? Tu semua kerja Dia. Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk gua.. InsyaAllah ada..

Thursday, April 23, 2009

Idamanku.

Gua nak lelaki yang tak gatal, tak control macho, tak hipokrit, tak desperate, tak kongkong gua, tak mungkin sekali pun sakitkan hati gua dan berkemampuan jaga gua macam mana mak bapak gua tatang gua dari kecil..

Agaknya wujud ke lagi lelaki macam tu??

Wednesday, April 22, 2009

Don't judge a book by its cover!

Jangan menilai gua dari rentak muzik yg gua dengar!

Sebenarnya dah lama gua pendam benda ni. Nak luah tapi tak terluah-luah. Akhirnya simpan sendiri buat pekasam dalam hati. Sampai dah tak tersimpan dah pun!

Gua pencinta muzik ROCK. Yes, gua memang minat muzik ni. Bagi gua, rock muzik yg luas. Macam-macam rock genre ada. Pilih aje mana satu. Slow rock, metal rock, punk rock, alternative rock, indie rock...and macam-macam! (Termasuk Pop rock)

Dalam dunia yang serba canggih serba moden ni, tak sangka pulak masih wujud lagi manusia yg berfikiran sempit.. Menganggap manusia-manusia pencinta muzik rock (contoh macam gua ni) umpama 'sampah'. Kira macam rockers ni penyangak lah. Kalau nak dinilai dari segi fizikal, memang lah gua tak dinafikan rock ni menggambarkan sesuatu yg keras.. Irama dia pun memang dah keras. Ditambah pulak dengan jeritan padu para rockers bila perform. Kalau tak biasa memang lah akan rasa macam bingit telinga, sakit kepala. serabut kepala otak semua tu. Tapi kalau diamati betul-betul lah, gua tak rasa rock tu bingit pun. Biasa je..Syok lagi ada lah! Mungkin gegendang telinga diorang ni tak cukup kebal kot?? Tak pun belum cukup kental. hahaha

Whatever lah. Let them say whatever they want. Ini minat gua. Citarasa gua. Gua serasi dengan muzik ni. So, sukahati gua lah kan? Minat rock tak semestinya gua sampah. Tak semestinya gua jahat bila gua suka dengar muzik keras. Sama jugak dengan manusia yang 24jam layan dangdut, atau layan nasyid sekalipun tapi sebenarnya berhati busuk. Perangai cam setan. So, kesimpulannya, jangan menilai orang melalui muzik yg dia dengar. Banyak lagi aspek lain yg boleh dinilai, beb! Manusia memang lah rambut sama hitam tapi hati lain-lain..minat lain-lain. Kalau ada yang sama pun, akan ada jugak yg tak sama. So, moga-moga orang-orang macam diorang ni jangan masuk campur lagi urusan hidup gua. Pergi main jauh-jauh! Berambussss

Akhir kata, majulah rock untuk masyarakat! hahaha. Menyengal tak tentu pasal. :P

Tuesday, April 21, 2009

Sesuatu yang mengguris perasaan

Ada satu makhluk ni tiba-tiba tanya gua..gua ni dah kawin ke belum. Macam biasa lah, gua akan jadi makhluk yg sejujur-jujur makhluk jika melibatkan perkara serius macam tu. Hal rumahtangga semua tu bukannya boleh dibuat main. Bagi gua, perkahwinan merupakan sesuatu yg suci. AMAT suci. Maka, sangatlah tidak wajar jika perkara macam tu dibuat main atau dikotak katikkan. Sebab tulah kalau gua dengar je orang cakap "Kawin dah, nikah je belum" gua boleh jadi naik angin satu macam. Apahal lu nak main-main pasal sesuatu yang suci? Nak bergurau boleh, tapi sila sesuaikan dengan perkara yang nak dibuat gurau. Apa lu ingat bergurau nak kena ikut tempat aje? Aspek lain lu kena ambik pusing lah jugak..

So, gua jawab jujur yang gua memang belum kawin. Gua masih single. Gua solo. Gua takde boyfrien. Dan jawapan-jawapan lain yang sama erti dengannya. Pastu si makhluk ni tanya pulak kenapa gua tak kawin lagi. Ditambah pula dengan ayat susulan seperti "Cepat-cepat cari. Jangan jadi andartu." Wow. Sampai macam tu sekali ayat yang keluar dari mulut seorang stranger. Total stranger! Tak sampai 24jam pun kenal gua terus keluar ayat macam tu dari mulut dia. Wow. Gua kagum! Kagum sungguh!

Sebelum apa-apa, gua nak ucap tahniah sebab lu dah kawin. Lu berasa begitu bahagia barangkali..lu seronok lu dah jumpa lu punya other half. And lu nampak sungguh proud dengan status 'married' lu. So, TAHNIAH.

Tapi lu kena ingat, itu hidup lu. Itu nasib lu. Itu takdir hidup lu yang dah disuratkan di Luh Mahfuz oleh Alif Lam Lam Ha. Bukan takdir gua. Takdir kita berbeza. Dia mungkin dah tetapkan yang sekian sekian untuk lu...tapi Dia juga yang berkuasa menetapkan yg sekian sekian juga untuk gua. Jadi, lu jangan pandai-pandai sangat nak bahasakan gua. "Jangan jadi andartu"? Gua agak tak faham apa maksud si makhluk ni sebenarnya. Dari satu sudut tafsiran, nampak macam dia nasihatkan gua supaya jangan jadi andartu. Pada satu sudut tafsiran yang lain pula, gua rasa macam suatu sindiran yang amat sinis. Macam status gua still single pada usia 26 nak masuk 27 tahun ni sangat hina. Sangat menggambarkan macam gua tak laku..

Masih belum berkahwin pada usia sebegini bukanlah sesuatu yang menjadi kehendak gua. Gua dah cakap dah, gua tak mintak pun nasib gua jadi macam tu atau macam ni. Tapi kalau ini suratan gua, apa gua boleh buat? Gua hanya mampu berdiri teguh, mengharung hidup yang semakin lama semakin berliku...kekal tabah dan sabar dalam menempuh segala-galanya. Gua tak kawin lagi bukanlah bermakna gua nak jadi andartu. Gua percaya mana-mana perempuan pun tak pernah mintak untuk ditakdirkan menjadi andartu. Even andartu tu sendiri. Tapi kalau sesuatu itu bernama TAKDIR, siapa lu untuk menidakkannya? Lu bukan Tuhan.

Gua tak salahkan lu untuk menggalakkan gua mencari pasangan. Terima kasih atas dorongan. Gua hargai sangat-sangat. Cuma cara lu tak berapa nak betul. Kadang-kadang gua tak faham dengan makhluk yang boleh main lepas cakap pada makhluk yang lain tapi tak sedar apa yang dicakapkan itu amat mengguris perasaan.

Tapi betullah kata orang...kalau dah namanya manusia..memang biasanya mulut akan main sedap aje cakap apa nak cakap. Periuk ternganga boleh jugak ditutup..Tapi mulut manusia..manusia tu sendiri lah berperanan untuk menutupnya. Itu pun kalau dia sedar yang mulut dia patut ditutup!

Hai...duniawi..duniawi..

-Alter ego-

Hati sakit.

Hati gua sakit betul.. Sakit, perit, pedih! Pedih macam kena simbah dengan asid. Lebih teruk dari itu mungkin. Gua taktau lsh macam mana nak gambarkan betapa sakitnya hati gua ni sebenarnya. Yang pasti, hati gua memang sakit. Sakit sangat-sangat..

Gua tiba-tiba dapat satu sms. Gua ingat sms dari Kak Enda sebab sebelum tu gua memang tengah berbalas sms dengan dia.. Rupa-rupanya sms dari Hotlink..yg mengatakan bahawa 'satu nombor ni' request nak share credit RM5 dari gua. Kalau gua setuju gua kena reply YES. Kalau tak setuju reply NO.

Gua sikit punya hangin. Gua kenal sangat nombor yang request tu. Hati gua tiba-tiba sakit. Bukan sebab gua kedekut nak share credit ke apa. Gua bukan orang kedekut. NO! Gua cuma rasa terkilan. Hati gua rasa sedikit terhiris..sebab that person yang dah lama lenyapkan diri, tiba-tiba muncul sebab nak share top up! Tiba-tiba lu hilang macam tu saja dari hidup gua..pastu lu datang balik untuk mintak share topup? What the hell?!

Sakit betul gua rasa.. Lebih sakit bila topup diminta melalui hotlink! Apalah salah kalau lu sms elok-elok..tanya khabar ke apa..pastu baru mintak nak share topup. Ini tidak...lu dah bisu sekian lama pastu lu datang nak mintak topup! Apahal??

Gua dah tak boleh terima keadaan macam ni lagi..gua dah penat! Gua harus berubah. Harus LEBIH banyak berubah. Gua taknak dia take gua for granted lagi. Cukup lah..cukup!

Saturday, April 18, 2009

Harus berubah.

Orang kalau tengok keadaan gua sekarang, orang akan cakap hati gua tengah berbunga-bunga. Orang akan cakap gua tengah dilamun cinta. Macam orang tengah bahagia sangat-sangat.

Funny, actually. Orang sering menilai gua dari luaran. That's what people always do! Dari dulu lagi. Dari zaman gua sekolah, sampai ke zaman gua kat Universiti sampai lah sekarang.

Orang suka cakap gua pembohong bila gua cakap gua still single. Padahal gua memang tak pandai nak bohong dalam bab ni. Gua akan cakap gua single kalau gua betul-betul single. Dan gua akan cakap gua ada someone special kalau gua betul-betul ada. Gua tak pandai nak menipu tentang perasaan. Gua memang tak pandai!

Gua memang dah tak ada siapa-siapa dalam hati (except for my family & frens). Gua dah penat sebenarnya. Gua fobia pun iye jugak. Semuanya bercampur aduk. Tapi yang pasti, gua tak yakin gua dapat terima 'orang baru' dalam hidup gua buat masa ni. Gua perlu sedikit masa..

Tak dinafikan, ada orang yang gua suka.. Memang suka lah jugak. Tapi gua tak yakin. Bagi gua, selagi gua belum ada keyakinan untuk sesuatu, better gua elakkan dulu. Gua perlu cari keyakinan tu dulu. Gua taknak pisang berbuah dua kali. Gua taknak! Cukup lah pengalaman lalu. Yg ada pahit manis. Bukan gua nak buang kenangan tu. Tak! Gua takkan buang kenangan tu. Gua takkan buang dia dari hidup gua. Cuma gua taknak hidup gua terus-terusan dihantui kenangan.

Gua perlu berubah. Gua harus!

Tuesday, April 14, 2009

Sakit.

Bila sakit, semua benda jadi lain macam. Ini semacam. Itu semacam. Perasaan pun lain macam. Termasuk lah perasaan gua!

Gua rasa macam nak naik angin je. Benda remeh pun boleh buat gua sensitif. Gua pun taktau lah. Tu sebab lah gua kalau boleh harap sangat supaya gua tak sakit. Tapi sakit tu pemberian Allah. Kasi gua sentiasa ingat dia. So gua bukan lah nak merungut ke apa. Cuma KALAU BOLEH lah..gua memang taknak sakit. Gua nak sihat sentiasa. Sebab bila gua sihat, gua lah makhluk yg paling ceria. Gua punya senyum, Joker pun tabik! Almaklum lah orang ramai dah cop gua ni seorang yg happy-go-lucky kan. So, orang memang dah selalu nampak gua ceria. Ceria macam pelangi. Tapi rasanya pelangi pun tak ceria macam gua kot. haha.

Gua sebenarnya makhluk yg tak suka nak telan dadah. Tapi oleh sebab gua nak cepat baik, gua telan jelah dadah berbentuk ubat-ubatan tu. Bantai ajelah asalkan gua cepat sihat. Sungguh gua rindu dengan kesihatan gua!

Thursday, April 9, 2009

Lupa daratan

Buat ke sekian kalinya.. hati gua terasa betul punya tawar. Tawar mengalahkan air kosong. Tawar yg lebih kepada payau!

Gua kerap teringatkan dia kebelakangan ni. Gua nak tau sangat apa kabar berita dia. Tapi gua tahan. Gua taknak sms dia. Gua taknak!

Dia begitu sombong dengan gua. Dari awal bulan Mac lagi. Awal Mac tu jelah dia sms gua. Bagitau yg dia dah dapat kerja yg dia mintak. Lepas tu dia lenyap. Lenyap sungguh. Tak ada langsung kabar berita dah.

Betullah kata pepatah...Jangan melepaskan anjing tersepit!

Wednesday, April 8, 2009

Sensitif.

Hidup gua makin lama makin busy. Gua macam dah takde masa langsung nak bersosial. Gua dah lama tak ke KL dengan member-member baik, dah lama tak tengok wayang, dah lama tak window shopping. Pendek kata, gua memang dah jarang keluar untuk suka-suka. Kalau gua keluar pun, keluar yg bersebab. Sekarang ni, apa yg gua buat hari-hari hanyalah pergi sekolah, balik sekolah. Hidup gua memang banyak dihabiskan dengan hal sekolah ajelah nampaknya..

Hari ni, gua rasa macam tak berapa sihat. Daripada kat sekolah lagi tadi. Kejap gua rasa seram sejuk semacam. Padahal tak hujan pun. Pastu hidung gua asyik tersumbat aje. Suara pun dah jadi macam suara speaker pecah! Sangat seksa gua nak mengajar. Time macam ni barulah terasa betapa berharganya suara kurniaan Dia. Kalau tak ada suara, macam mana lah gua nak mengajar eh? Macam orang-orang bisu, memang lah takde can nak jadi cikgu.. Betapa gua amat bersyukur dengan keadaan diri gua sekarang. Cukup sempurna tanpa cacat cela.. Syukurnya Ya Allah.

Kadang-kadang, gua rasa sensitif semacam. Lately memang macam tu. Tak pasal-pasal gua rasa emo. Kadang-kadang takde sebab pun. Tiba-tiba je gua emo. Pastu mulalah kepala hotak gua ni meracau fikir macam-macam. Kadang-kadang buat gua rasa lebih sedih. Pastu hati gua menangis.. Kadang-kadang terbabas keluar jugak air jernih tu dari kelopak mata..Gua pun taktau kenapa. Mungkin sebab gua makin lama makin tua kot? Lagi 3 tahun gua nak cecah usia 30.. Mungkin sebab tu jugak lah gua jadi lebih sensitif kot?

Saturday, April 4, 2009

Love

HAPPY ANNIVERSARY Mak & Abah.

I love u more & more for every day. :)

Friday, April 3, 2009

Hakikat.

Tadi gua sembang lagi dengan Kak K. Kebetulan sama-sama ada free period masa tu. Dia bagitau gua yg dia tertekan lagi dengan hubby dia. Gua pun dah taktau nak cakap macam mana lagi dengan dia. Gua cakap kat dia, dia terlalu baik. Dia seorang perempuan yg sangat lemah lembut, penuh budi pekerti dan setia. Tapi apa yg dia dapat? Satu kecurangan dan kehidupan yg sangat miserable!

Dia agak tension kebelakangan ni. Si hubby mintak duit macam draw duit kat bank. Macam Kak K tu bank simpanan nasional. Padahal kata anaknya kepada Kak K, dalam dompet dia punya lah banyak lagi duit. Tapi dia mintak duit pada Kak K. Apa sudah jadi dengan dunia sekarang? Suami mintak duit secara sengaja dengan isteri? Siapa ketua keluarga sebenarnya ni? Kak K cakap dia bagi jugak duit pada si hubby. Katanya tak sampai hati sebab dia dah mintak walaupun dia tau si hubby bukannya tak ada duit. Gua dah cakap kan...Kak K ni terlalu baik! Terlalu baik sampaikan orang ambil kesempatan pada diri dia. Tapi apa gua boleh cakap lagi? Gua just boleh cakap dia terlalu baik! Dan gua harap dia boleh baca maksud tersirat dalam kata-kata gua.

Gua taknak campur urusan rumah tangga orang. Urusan hidup gua sendiri pun banyak lagi belum selesai. Masih belum terurus sepenuhnya. Tapi gua masih boleh menanam rasa simpati pada rakan taulan kan? Sebab hakikat kehidupan ini bukan lah selalu indah sebenarnya. Setiap orang telah ditetapkan nasib masing-masing. Bergantung kepada orang tersebut untuk handle situasi. Gua tak mintak banyak..Gua hanya mintak semoga hidup gua sentiasa diredhai Allah. Amin.

Thursday, April 2, 2009

Tak best

Bila hati x sedap semua benda gua rasa tak best. Apa gua makan pun tak best. Apa gua minum lagi tak best. Gua nak letak kepala kat bantal pun rasa macam tak best. Ini yang gua paling tak suka. Bila hati gua jadi tak best. Kenapa lah boleh jadi tak best. Tension betul gua!

Gua kadang-kadang bingung. Gua boleh pulak fikir benda yang tak payah gua susah-susah nak fikir. Kan dah jadi pening kepala otak gua sendiri. Duniawi...duniawi..bilakah semuanya akan berakhir? Tanya pada Alif lam lam Ha.