Saturday, May 30, 2009

Tua

Menunggu detik dan waktu usia gua bertambah lagi satu anak tangga..*gulp*

Thursday, May 28, 2009

Believe..

Believe that DREAMS COME TRUE. Because THEY DO.

-One Tree Hill, Season 6 episode 24-

Monday, May 25, 2009

Dari hati.

Semakin hari gua semakin tak faham dengan diri sendiri..Semakin hari gua semakin keliru. Semakin hari semakin banyak benda yang buat gua rasa terhimpit. Sampaikan gua sendiri dah taktau apa yang gua rasa. Terlalu banyak perkara yang buat gua semakin tak mengerti kenapa dan bagaimana.

Hati gua semakin jauh. Jauh sampaikan gua sendiri taktau berapa jauh. Berapa lama nak jauh. Kemana menjauh.

Terlampau banyak penyesalan yang gua rasa..terlampau banyak penipuan. Terlampau banyak gangguan yang buat jiwa gua semakin terhimpit sampaikan ada ketikanya gua terasa ingin berkurung dalam dunia gua sendiri. Tanpa ada siapa-siapa..

Sunday, May 24, 2009

Rindu

Apakah perasaan yg selalu buat hati x sedap dan fikiran melayang?


RINDU.


*sigh*

Thursday, May 21, 2009

Ruang kosong...

Mungkin terlalu banyak ruang kosong dalam hidup gua. Yang dapat dilihat secara zahir..Tapi tak semestinya gua izinkan mana-mana individu untuk menumpang di situ. Bukan gua kedekut. Bukan. Cuma gua terlampau waspada. Biarkan ruang kosong itu terus kosong. Asalkan ianya sentiasa bersih.. Tak perlu disemakkan dengan apa-apa yang tidak berguna. Tak perlu..


Tuesday, May 19, 2009

Always & Forever...

Kenapa cinta tertinggal di sekolah? Ramai orang tanya gua soalan ni. Gua jawab senang jek..

Sebab gua cintakan sekolah gua.Lagipun sekolah tu lah tempat gua cari rezeki..tempat gua tabur bakti..satu-satunya tempat untuk gua hiburkan hati dengan melihat keletah anak-anak murid gua..kat luar mana ada. Mana nak jumpa tempat yg penuh kanak-kanak macam kat sekolah? Tak akan jumpa. Even kat mana-mana playground pun tak banyak kanak-kanak macam kat sekolah.

Hakikatnya, gua memang sukakan kanak-kanak. Itu sebab Allah tetapkan takdir gua kat sekolah. Dan gua puas hati. Gua bersyukur. :)

Gua bukan macam orang lain..yang boleh bercerita tentang cinta berdasarkan rumahtangga yg terbina. Tak pun cinta yg masyuk antara diorang dengan boyfriend...tak pun dengan tunang...Gua tak dapat nak cerita perkara macam tu.

Tapi, gua bila-bila masa boleh cerita tentang...

CINTA GUA YG TERTINGGAL DI SEKOLAH.

Always and forever. :)

Friday, May 15, 2009

Ulang tayang

Once again,

Buat yang sengaja pergi dari hidup gua...tolong jangan kembali lagi. Kedatangan lu gua tak harap, pemergian lu pun gua tak halang.

Sekian, terima kasih.

*Buat diri gua sendiri dan juga semua cikgu di seluruh pelusuk dunia, Selamat Hari Guru (Happy Teacher's Day). Cintailah kerjaya kita dengan sepenuh jiwa raga. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati kita...

Thursday, May 14, 2009

Blur..

Apa gua rasa bila orang lupa gua? Sedih? Marah? Terkilan?


BLUR. Tu yang gua rasa.

Tuesday, May 12, 2009

Lakonan?

Bella : So, what ure saying is, I'm your brand of heroin?

Erward : Yes, you are exactly my brand of heroin!

Gua macam dadah ke pada dia tu? Macam mana gua elak pun dia akan datang depan mata gua.. Pastu mesti tersenyum. Tak reti langsung nak menyombong! Padahal gua ni sikit punya kerek dengan dia! Tapi tadi gua malas nak tunjuk kerek dah. Gua buat biasa aje..Act natural. Penat lah jugak asyik gua aje yang jadi 'watak jahat'... Padahal gua bukan nak 'berlakon' sangat pun..

Tapi apa boleh buat...hidup ni memang lakonan pun kan...*sigh*

Monday, May 11, 2009

Jangan!

Macam mana gua nak cakap kat dia..jangan tegur gua lagi? Jangan pandang, jangan senyum jangan tegur! Ah susah sungguh!

Sunday, May 10, 2009

Jauh...

Hati gua semakin jauh...jauh dari orang lain..jauh dari diri gua sendiri..sampaikan gua sendiri tak dapat mengagak sejauh mana hati gua pergi...

Buat mak.

HAPPY MOTHER'S DAY, mak.

I love you more than words can say!

Thursday, May 7, 2009

Don't come back

Buat yang sengaja pergi... jangan kembali lagi dalam hidup gua. Biarkan hidup gua aman. Aman seaman-amannya..

Wednesday, May 6, 2009

Lestari

Sekelip mata kau berubah

Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan

Dulu gua ada gak rasa cam nak tujukan lagu ni kat dia. Dua tahun dulu..tapi sekarang ni dah tak dah..

Ujian

Tadi Kak K datang jumpa gua..mintak gua tolong ambilkan kehadiran murid kelas dia.. Gua tengok muka dia pucat lesi. Mata bengkak.. Gua tanya dia nak kemana..dia kata nak ke mahkahmah. Rupa-rupanya hubby dia yang teruk tu dah ceraikan dia dengan talak satu..so petang tu dia kena pergi ke mahkahmah atas urusan penceraian tu..

Semuanya berpunca daripada gambar perempuan tak malu dari Johor tu.. Kesian Kak K. Mudah-mudahan dia terus tabah..Mudah-mudahan semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..

ALLAH sentiasa menguji..dan Allah akan terus menguji. Semoga semua orang terus tabah..

Tuesday, May 5, 2009

Hiasan

Lenyaplah sudah rindu kebanggaan
Yang ku semaikan dibatas hatimu
Dulu sekarang berlumba kemajuan
Bukan berkasih sayang...

Pahit

A tiba-tiba bertanya tentang dia pada gua. Buat gua tersentak..lalu hati menjadi pahit. Sepahit-pahit ubat selsema yang selalu gua telan!

Dia hilang tanpa khabar berita. How do i know??

Sunday, May 3, 2009

Terkenang..

Kalau lah dapat memadam memori, gua nak sangat memadam yang pahit. Padam habis terus tanpa tinggalkan sedikit sisa pun. Maka dapatlah gua merawat segala kudis di hati gua ni..

Gua nak padam segala orang yang datang dalam hidup gua dan melukakan hati. Gua nak padam kesemuanya kecuali dia.. Walau seteruk mana dia sakitkan hati gua..walau sekerap mana pun dia lukakan perasaan gua, gua tak dapat nak buang dia..Terlampau banyak kata-kata dia yang pernah buat gua gembira..terlampau banyak perbuatan dia yang buat gua rasa tenang dan bahagia. Takde siapapun selepas dia yang layan gua sebaik dia. Takde siapapun selepas dia yang buat gua rasa berharga macam yang dia pernah buat. Semuanya bagaikan pisau yang menghiris..lalu meninggalkan luka yang terlalu dalam! Tak dapat diubati dengan perjalanan masa..

Walau dimana pun dia berada, gua doakan dia bahagia.. Semoga Allah merahmati kehidupan dia.. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat dia..