Sunday, December 28, 2008

1430H

Tiap kali menjelang tahun baru, hati gua rasa sebak semacam. Mengenangkan segala hal yang pernah berlaku pada tahun yang lepas. Sama ada hal yang mendatangkan bahagia ataupun hiba. Terlampau banyak kenangan yang dah lepas dan tak mungkin dapat berulang kembali. Begitu jugak kenangan yang terlalu ingin dipadam tapi tak mungkin dapat dipadam.

Gua tetap bersyukur dengan nyawa kurnian Yang Maha Kuasa. Gua juga bersyukur Dia masih panjangkan umur gua sampai sekarang. Tahun baru ni taktau lah lagi. Mungkin nyawa ini akan terus dipinjamkan pada jasad gua atau mungkin juga akan ditarik balik olehNya. Semuanya kuasa Dia.

Apa yang berlaku pun, manusia macam gua perlu redha. Semoga tahun baru ni kehidupan gua akan lebih bermakna & hopefully semakin banyak kegembiraan yang akan gua kecapi. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah 1430H.

Friday, December 26, 2008

Minat

Ben Loong adalah orang yang bertanggungjawab kenalkan gua dengan Cradle Of Filth. Memang dia peminat fanatik group tu. Dipromotenya kat gua abis-abisan. Dia jugak penah simpan perasaan kat gua. Cuma gua buat-buat macam tak faham.

Mula-mula gua takut jugak nak dengar. Sebab black metal kan. Gua baca lirik-lirik diorang pun macam ada kena mengena dengan fahaman Satanist. So gua takut lah jugak nak fanatik sangat. Gua dengar-dengar gitu je. Cuma gua minat sangat tengok Dani tu. Taktau pasal apa. Mungkin dia unik kot? hehe. Tapi gua tetap suka dengar lagu Born In A Burial Gown. :)

Wednesday, December 24, 2008

Syukur

Gua sebenarnya lebih tertarik membaca kisah orang yang lebih tragis dari gua. Kerana dari situ gua akan rasa lebih lega, lebih bersyukur. Selama ni gua rasa hidup gua banyak kisah yang tragis. Banyak yang kurang dari yang lebih. Tapi rupanya gua memang dasar tak sedar diuntung. Betapa insafnya gua bila membaca kisah orang-orang yang lebih dahsyat nasib hidupnya. Memang betul lah, hidup mesti pandai bersyukur!

Friday, December 19, 2008

Tahniah.

Nampaknya siang nanti tercatat lah dalam Sejarah Malaysia Moden tentang pernikahan jejaka idaman semalaya @ Si Mawi tu dengan pasangannya, Si Ikin. Siap siaran langsung. Sama jugak macam Puan Siti Nurhaliza tu kahwin dulu. Gempak satu Malaysia.

Tapi sayangnya, gua menyampah! hahaha. Bagi gua, si Mawi ni poyo. Sejak zaman AF3 lagi gua dah memang menyampah dgn dia. Nampak macam naif lah konon. Lurus bendul. Bajet alim lah kan. Tapi bagi gua lah, itulah yang dinamakan alim-alim kucing. Tak faham betul lah punya ramai makhluk dalam Malaysia nih fanatik betul dengan dia.

Gua ingat lagi, prelude AF3, dia taknak langsung salam dengan yg pompuan. Bukan muhrim kan. Tp lama-lama apa dah jadi beb? Gua tengok siap menari pegang tangan dengan si Marsha. Mana ilang lu punya alim? Heh...kalau macam ni lah yang peminat seni tanahair Malaysia skang ni agung-agungkan, gua lebih rela minat Nirvana! Cradle Of Filth pun gua sanggup! 'cos they are about music. And they aren't hipocrites! Dah memang sah-sah la they all takde akidah. Tang tu tak payah lah diikut pulak. Tapi pandang dari sudut muzik, they all memang gempak. Banding dengan si Mawi, yang ada akidah, Tapi chose to be a singer than a bilal?? Gua ingat lagi dia dapat tawaran belajar jadi bilal tapi dia tolak & chose to take part in AF3?? Memang betul lah dunia akhir zaman.

Gua tak kisah lah peminat fanatik si Mawi tu nak cakap apa pun. Gua punya pendapat, gua punya pasal lah gua nak luahkan ke apa. This is a free country! Lu nak cakap 'Leave him alone' ke..'Kau jeles kenapa' ke..tu lu orang punya pasal lah. I don't give a damn about it even a lil bit!

Anyway, tahniah lah buat jejaka idaman semelaya moden (except gua lah of cos) dengan pasangannya. Selamat mendirikan rumahtangga. Heh..

Wednesday, December 17, 2008

Tak sengaja

Beberapa hari lepas, gua terguriskan hati mak. Gua tak sengaja. Bila gua fikir balik, gua rasa macam tak baik betul gua cakap macam tu..

Aritu, gua beli set bilik tido. Mak gua berkenan set yang mahal terlampau. Tak berbaloi tuk anak dara macam gua. Lain lah kalau gua beli untuk kahwin. So, mak gua pun cakap, sok kalau gua kahwin, elok beli yang macam tu. Cantik kata mak gua.

Gua memang akui, memang cantik set tu kalau beli untuk pengantin. Tapi gua tak cukup kental dengar ayat-ayat macam tu. So gua pun ckp, "Ntah bilanya nak kahwin mak. Ntah-ntah tak kahwin pun." Mak gua berubah muka terus dengar gua cakap macam tu. Mak gua cakap tak baik cakap macam tu nanti jadi doa. Gua tersentak. Gua rasa macam tak baik pulak cakap macam tu...

Menyampah

Kadang-kadang, gua rasa menyampah dengan certain people. Padahal diorang takde buat salah pun dgn gua. Gua pun bukan kenal sgt dengan diorang. Tp bila tengok muka diorang je, gua rasa menyampah giler-giler. Rasa macam nak tampar-tampar je muka sekor-sekor.

Benda macam ni memang pelik. Gua tak rasa gua sorang je penah rasa. Gua jamin orang lain pun ada pernah rasa macam tu. Tiba-tiba je rasa menyampah dengan orang yang tak berapa dikenali pun. Kadang-kadang kenal gitu-gitu aje. Tapi bila tengok aje muka diorang ni, rasa macam nak pecahkan je. haha. Tak pasal-pasal cari dosa dengan orang. :p Tapi betul lah. Kadang-kadang ada separuh orang, muka diorang boleh buat orang yang tengok jadi meluat. Walaupun diorang ni sebenarnya baik. Cuma riak muka diorang aje yang membuatkan orang lain menyampah.

Agak-agak muka gua pun pun macam tu kot? Bila orang tengok orang pun menyampah. haha.

Thursday, December 11, 2008

Hitam Putih.

Hitam itu warna yg indah. Gua suka warna hitam. Bagi gua, hitam warna yg suci. Hitam x akan kotor seperti putih. Bila putih dicemar dgn contengan, putih akan bertukar menjadi kotor. Bukan lagi putih yg putih. Tp hitam tetap hitam walaupun cuba diconteng berkali-kali. Cukup menjadikan hitam itu kuat. Walaupun hitam memang kelam, tp ia tetap warna yg indah.

Namun, hitam itu gelap. Jika sentiasa gelap pun bukanlah bagus sangat. Perlu ada balance. Jadi, hitam perlukan putih untuk mengekalkan balance itu. Mcm Ying perlukan Yang. Ibarat Malam perlukan Siang.

Kesedihan itu ibarat warna hitam. Menjadikan gua kuat & hati menjadi lebih cekal. Namun, tidak dinafikan gua memang perlukan kegembiraan jugak. Kerana kegembiraan itu ibarat warna putih dalam kehidupan...

Friday, December 5, 2008

Rimas!

Sebenarnya byk benda buat gua jadi rimas. Macam-macam benda. Tp gua aje yg tak suka cakap terus terang yg gua tengah rimas. Sebab gua terlampau menjaga itu ini. Terlampau jaga hati orang pun yer jugak sampaikan gua tak terjaga hati gua sendiri. Adakalanya, gua prefer jadik loner. Sebab ada masa-masanya yg mana gua lebih suka jadi loner daripada jadi rimas!

Gua tak suka orang campur privasi gua! Sebab gua memang tak suka langsung campur privasi orang! Kalau gua sendiri rasa menyampah bila orang campur privasi gua, mestilah orang pun menyampah kalau gua campur privasi diorang kan? See...vice versa. Very fair.

Privasi adalah sesuatu yg gua memang jaga. And kalau boleh, gua taknak orang sibuk-sibuk dengan hal privasi gua. Gua sendiri sibuk takpe jangan orang lain turut nak menjadi sibuk sebab gua rimas!

Monday, December 1, 2008

Kosong

Hidup memang sering dilanda masalah. Kalau takde masalah hidup memang takkan lengkap. Contoh macam hidup gua skang. Byk masalah tapi gua buat-buat macam takde masalah. Bila gua buat-buat macam takde masalah hidup gua macam tak lengkap. Tak cukup masin, manis, pedas. Hanya tawar.

Sama macam hati. Hati gua tawar. Jugak kosong. Takde penghuni. Apa pun takde. Memang zero. Kekasih? Takde. Someone special? Dulu ada. Skang da takde. Hati gua memang kosong. Gua memang takde simpan sapa-sapa lagi dalam hati. Sorang pun takde. Ok, gua tipu. Maybe tak kosong 100% sebab ada gua simpan org-org yg gua sayang. Macam family gua, member-member rapat, member-member yg da 'tak ada'. Semua gua simpan dalam hati.

Tapi ruang untuk dihuni oleh seorang yg bernama kekasih masih kosong. Gua pun taktau bila gua akan isi kekosongan tu...