Thursday, July 30, 2009

Karut

Membaca novel cinta tiba-tiba mengingatkan gua pada dia. Kenapa mesti kisah cinta dalam novel kebanyakannya berakhir dengan bahagia? Kenapa realitinya tak semestinya macam tu? Kenapa realiti hidup gua pun tak macam tu? Karut..

Wednesday, July 29, 2009

Kosong

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku
Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

~Dewa

Monday, July 27, 2009

Jangan..

Buat sesiapa..jangan mencurahkan sepenuh rasa cinta kepada orang yg dicinta. Jangan sesekali menanam 100% perasaan cinta itu kepada dia. Kerana, apabila dia sudah tiada, kita akan merasakan betapa kosong, betapa pahit, betapa kelamnya ruang hati kita..Tiada lagi sisa cinta kerana semuanya telah dibawa pergi bersama dia. Cintailah orang yg dicinta itu berpada-pada..Cukuplah sekadar BERPADA-PADA...Jangan ulangi kesilapan gua. Jangan turuti jejak langkah gua yg terlalu bodoh membiarkan kesemua rasa cinta itu pergi..Lalu akhirnya hati menjadi kosong dan terus kosong...

Tolonglah jangan!

Saturday, July 25, 2009

Benci?

Gua akan menjadi terlalu benci dengan dia setiap kali gua teringatkan dia. Gua terlampau benci! Hati gua terlampau sakit, terlampau pedih setiap kali bayangan dia datang secara tiba-tiba walhal dia hilang tanpa khabar berita! Gua tahu dia kat mana. Gua memang tahu tapi gua tetap buat-buat tak tahu dan anggap dia dah hilang selamanya.

Kenapa gua mesti rasa benci? Kenapa hati gua mesti sakit? Apa istimewanya dia? Semua orang takkan tahu. Biar gua saja yg tahu apa istimewanya dia dari pandangan mata gua.. Mungkin hati gua masih belum puas mengatakan benci. Namun jauh di sudut hati gua, gua tahu gua masih sayang dia.

Mungkin gua tak pernah berhenti berdoa moga Allah ketemukan gua dengan yg terbaik.. Tapi kenapa suara hati gua makin kerap mengatakan yg terbaik untuk gua adalah dia? Mungkinkah gua harus sepenuhnya melupakan dia baru Allah ketemukan gua dengan yg terbaik itu?

Wednesday, July 22, 2009

Adakah gua sudah berpunya?

Gua sering ditanya dengan soalan-soalan tipikal oleh orang-orang asing yg gua tak kenal. Contoh..

Awk ni dah berpunya ke?

So typical isn't it? Tapi di sebalik tipikal itulah sebenarnya terselit sebuah jawapan yg PALING relevan. Cuma selama ni gua aje yg tak pernah nak sedar. So, jawapan yg selalu keluar dari mulut gua hanyalah..

YA. Kepunyaan ibu dan bapak! Itu ajelah tak habis-habis.

Padahal jawapan macam ni semua orang pun dah tahu. Semua orang pun pakai!

Sepatutnya gua bagi jawapan PALING relevan yg ni...

YA. SUDAH BERPUNYA DAN SELAMANYA BERPUNYA. DIRI INI DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA MILIK ALLAH.


Paling relevan. Paling tepat.

Benci!

Gua benci lelaki gatal! Lelaki gatal boleh pergi jahanam! Jangan ganggu hidup gua!

Monday, July 20, 2009

Kenapa mesti curang??

Hari ini dalam sejarah. Tak pernah-pernah gua tengok 2 movies in one day, hari ni gua buat. Semuanya gara-gara tiket Transformers. Tiket untuk show pagi dah habis. Terpaksa lah gua beli yg show petang. Sudah lah pukul 10 pagi gua dah tercongok kat TGV tu dengan harapan dapatlah masuk yg pukul 11.30 pagi punya. Tapi nasib tak menyebelahi gua, tiket habis. Jadi gua pun belilah cerita Ice Age 3 dah alang-alang datang awal. heh...

Hari ini dalam sejarah lagi. Selama ni, tak pernah-pernah gua minat cerita Transformers. Tapi hari ni gua pergi tengok pulak cerita tu. Nasib baik besh. Takde lah gua rasa rugi apa-apa kan... Kiranya hari ni seharian lah gua kat luar. Alone..macam biasalah. kalau tak ditemani abah, gua akan keluar alone. Gua sebenarnya dah jarang keluar dengan kawan-kawan. Memandangkan kawan-kawan gua yg paling rapat semuanya dah ada komitmen masing-masing. Dah jarang dapat jumpa sekerap dulu.

Hari ini dalam sejarah lagi sekali...Masa gua nak keluar dari Jusco, kat pintu keluar belah hujung tu gua nampak one man yg gua rasa macam kenal. Tapi gua macam kurang yakin betul ke itu orang yg gua memang kenal ataupun orang lain. Jadi tak berani lah nak tegur. So gua just pandang dan terus pandang. Gua ni ada satu macam perangai sikit. Kalau gua pandang orang, gua tak reti nak cover langsung. Gua akan pandang sungguh. Tak risau langsung apa lah yg akan orang tuh fikir. Gua dah terbiasa.. So, pandang punya pandang..sah. Memang gua kenal. That man is my dad's fren, Pakcik L! Tapi sayangnya perempuan yg bersama dengan Pakcik L bukanlah his wife, Makcik K yg jugak a fren of my mom's..tapi another woman! Yg tak keterlaluan kalau gua katakan sexy! Sangat lah tak sesuai untuk wanita dalam lingkungan usia seperti dia (50an) untuk dress up macam tu. SANGAT lah tak sesuai! Dan yg paling tak sesuai ialah dia dilihat bersama dengan Pakcik L yg gua tak sangka langsung akan curang dengan Makcik K! Sebab Pakcik L ni selama ni nampak sangatlah baik. Kecik-kecik dulu pun gua selalu pergi rumah dia. Malah anak-anak dia pun kawan gua. Malah dia dah bercucu pun!

Hati gua hangus bagaikan dipanah petir bila gua nampak dia bersama dengan perempuan tua sexy tu! Tiba-tiba gua terbayangkan Makcik K. Kesiannya Makcik K..dia kat rumah entah apa kabarnya..tapi suami dia sedap je keluar berdating dengan perempuan lain! Perempuan tua sexy pulak tu! Jauh bezanya dengan Makcik K yg sopan dan baik. SANGAT beza! Dan yg paling berbeza sekarang ni adalah pandangan gua terhadap Pakcik L! Memang jauh berbeza. Yg pasti, gua takkan pandang dia macam dulu lagi. Gua takkan pandang dia sebagai pakcik yg baik. Sebab bagi gua dia tak baik. kalau dia baik, dia takkan curang dengan Makcik K..Kalau dia baik, dia takkan cari perempuan jenis macam tu. Sorry to say..bagi gua perempuan tu memang perempuan tua yg taktau malu. Perempuan tua tak sedar diri.. Mungkin kata-kata gua ni agak keterlaluan tapi gua taknak hipokrit. Ini pendapat gua. Gua berhak suarakan. Bagi gua, perempuan tu tetap perempuan tua yg taktau malu. Perempuan tua yg tak pandai menjaga maruah. Penjahanam rumah tangga orang yg mungkin juga agak sesuai digelar sebagai perempuan sundal!

Lewat kebelakangan ni, gua selalu terdedah dengan kejadian-kejadian macam ni.. Suami kawan-kawan gua curang lah..suami adik kawan gua kaki pukul lah...suami kawan mak gua sendiri curang depan mata gua...Apalah perasaan kawan mak gua kalau dia tahu apa yg suami dia lakukan di belakang dia...

Mungkin Allah saja nak gua tahu semua kejadian-kejadian ni. Allah nak gua lebih kerap berfikir..Allah nak gua bersyukur bahawa gua masih ada harga diri. Gua masih ada kebahagiaan..Mungkin ada hikmah Allah lambatkan jodoh gua. Sebab Allah masih bagi peluang untuk gua menilai...Allah bagi peluang untuk gua memilih yg terbaik.. dan gua memang WAJIB bersyukur!

Thursday, July 16, 2009

Kegilaan lama

Dua tiga hari ni gua dah tak ingat benda lain dah. Yang gua ingat cuma perasaan gua yang tengah membuak-buak nak pergi tengok the latest Harry Potter series! Hahaha. Malam tadi kawan gua cakap cerita kali ni giler boring. Tapi gua tak peduli. Gua nak pergi tengok jugak!

Ron Wesley, wait for me! Ahaks

Tuesday, July 14, 2009

Kenapa mesti mengejar yg perfect?

Sometimes, gua tak faham apa yang orang lelaki ni nak sebenarnya. Nak kata x baik, dah cukup baik dah. Penuh pulak dengan sifat seorang perempuan sejati. Dengan lemah lembutnya, sopan santun baik budi bahasa, pandai ambik hati, pandai masak, soleheh..Pendek kata sifat-sifat baik semua ada. Dari segi rupa, not bad pun. Sweet..ayu aje. Pendek kata, sedap mata memandang. Dari segi pendidikan..pun x kurang hebat. Graduate dari universiti terkemuka tanah air jugak.. Now sambung lagi belajar ke peringkat masters.. As the conclusion, she's perfect!

She is a friend of mine. Kak F. Someone yg gua kagum lah jugak. Tapi, yg gua pelik, dia boleh lagi dok tunggu this one guy. Also a friend of mine jugak. Well educated jugak. Ada rupa jugak but bukan lah good looking tahap OMG or WOW. Sedap lah mata memandang. Kak F and this fella dah kawan since 2007. We all terkejut jugak masa mula-mula tau. Sebab macam x jangka lah pulak diorang boleh close sebab this fella bukan lah ramah sangat pun orangnya. So is Kak K. Tapi bila diorang dah kawan tu, gua tumpang happy lah jugak sebab gua rasa diorang sepadan. Ideal lah kalau jadi couple.

Masalah problemnya skang, until today this fella x bagi komitemen yg serius dengan Kak F. Kata dia diorang just friends. Tapi dalam masa yg sama macam bagi harapan lah pulak kat Kak F. Kak F pun dah terfalling in love lah dengan this fella. Tahap kronik lah jugak sampai dia reject other guys yg nak kenal dengan dia. Still jugak nak tunggu that fella. Gua pun tak faham apa lah yg special sangat kat that fella tu. Nak kata handsome sangat pun x. Nak kata baik sangat...gua tengok dia baran semacam je. Gua pernah sekelas dengan dia. Tengok dia punya baran pun gua boleh rasa macam nak angkat kaki lari jauh-jauh. x bleh blah. Tu kata gua yg berhati keras cam batu ni. Yg Kak F yg sangat lah lemah lembut orangnya tu pulak kata, beliau boleh tahan dengan perangai baran that fella! Ajaib. Sungguh ajaib bagi gua. Kata Kak F, dia dengan that fella serasi. *gulp* Tang mana yang serasi pun gua taktau!

Tapi kata orang, CINTA itu BUTA. Love is blind. Memang betul lah tu. Kak F ni memang dah tangkap cintan habis dengan that fella sebab tu lah yg dia nampak cuma dia tu aje. Yg buruk pun nampak baik. Hati dah suka. Segalanya diterima seadanya lah. Masalahnya, that fella tu yg macam x boleh nak terima Kak F seadanya. Dulu Kak F tu chubby, dia komplen. So, Kak F diet and now dah kurus pun! Nak kata Kak F x cukup baik, baik sangat Kak F tu. Sangat baik. Mungkin dari segi rupa lah kot. Kak F ni takdelah cun tahap OMG. Tapi muka dia manis lah dipandang. Tu bagi gua lah. Mungkin pada pandangan mata lelaki that fella tu, dia tak cukup cantik. That fella tu memang dah sedia maklum suka perempuan cantik-cantik. Dia sendiri pun cakap. That's why lah age dah 32 pun tak kawin lagi. He's searching for the perfect woman IN HIS EYES lah kot. Cantik, baik, bijak. Full package. Mana nak cari? Kalau ada pun dah lama jadi hak orang!

Bila Kak F cerita kat gua pasal hubungan dia dengan that fella yg taktau kemana arahnya tu, gua pulak yg rasa tension. Gua hangin lah jugak dengan lelaki macam ni. Sibuk sangat nak kejar perfection..lama-lama x payah kawin lah! Senang. Tunggu bidadari di syurga. Tu yg betul-betul perfect!

Thursday, July 9, 2009

Mimpi?

Dengan x disangka-sangka gua mendapat suatu mimpi. Mimpi yg berkaitan dengan dia. Bukan berkaitan..Tp mmg melibatkan dia. Dalam mimpi tu gua jalan dengan dia. Gua paut tangan dia. What the hell?

Wednesday, July 8, 2009

Pokok pangkalnya HATI.

Orang kata..hati kalau dah x suka..buat lah macam mana pun tetap x suka jugak. Baik macam mana pun..hensem macam mana pun..tetap x suka jugak. Tapi kalau hati dah suka, buruk dan jahat macam mana pun, hati tetap suka jugak.

Benda macam ni memang payah nak cakap. Macam yang terjadi pada Kak K. Macam mana teruk pun perangai bekas suami dia tu..dia tetap sayang jugak kat mamat tu. Padahal punya lah sakit hati dia mamat tu buat. Ni dah cerai, lain masalah pulak. Masalah nafkah. Anak dah la 6 orang. Tapi bagi duit nafkah takat 600..mana lah nak cukup. Lain lah kalau anak ada sorang aje. Kalau berjoli dengan betina kat Johor tu banyak pulak duit dia. Siap sewa hotel bagai...

Gua bukanlah suka sangat nak campur masalah rumahtangga orang. Tapi sebagai kawan gua tumpang geram jugak lah. Gua kesian anak-anak Kak K. Yg sulung tu pun baru darjah 4. taktau apa-apa lagi pun. Tapi mak ayah dah berpisah. Ni masalah duit pulak. Kesian Kak K. Mana lah larat & mampu dia nak tanggung semua benda. Ni pun kalau tidak mamat tu takde pun teringat nak hantar duit nafkah. Kak K telefon baru lah nak datang. Tu pun tah berapa je dia bagi. Gua nampak je dia datang jumpa Kak K tapi gua buat-buat x pandang. Kak K pun takde pulak cakap berapa banyak duit mamat tu bagi. Jadi gua taknak lah sibuk-sibuk tanya pulak kan. Gua bukannya jenis busy body.

Ni tadi, gua masuk je bilik guru tu..tengok Kak K dah merah mata baru lepas menangis. Gua tanya kenapa dia cakap sebab apa lagi. Bersangkut paut dengan mamat tu lah. Rupa-rupanya dia baru lepas cakap kat telefon dengan mamat tu. Bergaduh lah apa lagi. Kak K ni dah lah hati lembut..senang benar gua tengok dia menangis. Bukan macam gua yg berhati keras macam batu ni. Tapi x boleh nak cakap jugak kan..gua x berada di tempat dia..isy..mintak jauh. Gua harap benda macam ni takkan berlaku dalam hidup gua. Tengok benda macam ni terjadi pada kawan-kawan gua pun gua dah rasa sakit. pa alagi terjadi pada diri gua sendiri. nauzubillah. Gua harap moga-moga Kak K terus tabah..

Tuesday, July 7, 2009

Sabar..

Dua tiga hari ni, gua kerap terkenangkan dia. taktau kenapa..Gua sikit pun x mintak jadi gitu..Tiba-tiba je dia muncul dalam kepala otak gua.

Kalau nak diikutkan, dah hampir 4 bulan dia diam. Diam membisu takde kabar berita. Langsung tak ada. Ada gua try call handphone dia tapi yg menjawab hanyalah operator maxis yg x habis-habis mengulang ayat.."The number you have dialled cannot be reached at this time". Tapi takpelah. Gua dah memang dah sedia maklum dia sedang dalam training. Mungkin dia sibuk. Gua pun malas dah nak contact dia. Kalau dia still ingat gua.."bestfren" dia ni, dia pasti akan contact gua. Taktau bila..tapi dia pasti akan. Kalau dia x contact pun, takpelah. Gua dah x kisah. Gua pun dah malas dah nak mengharap.

Jika ditanya tentang apa yg gua rasa..Gua akan cakap gua rindu. Yer memang gua rindu. walaupun antara gua dengan dia dah takde apa-apa, tapi gua sikit pun x benci dia. 9 tahun bukannya satu jangkamasa yg singkat. Itulah usia perkenalan gua dengan dia. Mungkin disebabkan itu jugak, gua x boleh buang dia dari hidup gua. Walaupun gua pernah try nak buang, gua still x boleh jugak. Terlampau banyak benda baik yg jadi dalam hidup gua sejak dia muncul dalam hidup gua masa usia gua baru cecah 18 tahun. Terlampau banyak. Lebih banyak manis dari yang pahit. Jadi, tak patut gua buang dia dari hidup gua. Biar apa yang jadi, dia tetap akan gua simpan di suatu ruang di sudut hati gua.

Sepanjang gua kenal dengan dengan lelaki, tak ada yg macam dia. Gua bukan saja nak banding tapi memang gua kena banding jugak. Dan gua bersyukur sebab dalam hidup gua, Allah bagi peluang gua kenal dengan dia. Lelaki sebelum dan selepas dia, semuanya serba tak kena. Semuanya gua tak berkenan. Bukan lah gua ni memilih sangat ke apa..cuma hanya dia yg gua suka. Maksud gua, betul-betul suka. I was in love. Madly in love. Hanya dengan dia. Tak ada lain, hanya dengan dia. Lepas dia, dah takde lain lagi yg gua boleh betul-betul suka macam gua suka dia. Gua pun taktau kenapa..mungkin sebab masa dengan dia, gua dah serahkan segala rasa sayang, cinta sepenuhnya untuk dia. Gua tau gua dah silap kat situ. Tu sebab lah gua susah nak jatuh hati lagi kat orang lain. Memang salah gua..gua akui.

Sekarang ni, gua dah taktau apa nak diharapkan lagi. Gua hanya mampu berdoa. Moga Allah beri yg terbaik untuk gua. Jika dia yg terbaik untuk gua, gua terima. Gua redha. Kalau bukan dia pun, gua tau Allah dah tetapkan yg terbaik untuk gua. Yg penting, gua kekal bersabar.

Sunday, July 5, 2009

Kenangan

Antara gua dengan kenangan gua...bagaikan isi dengan kuku. Gua masih hidup dalam kenangan..Walaupun adakalanya gua cuba menafikan..

Kenangan yg manis tu, gua tetap akan semat dalam hati gua. Akan sentiasa gua simpan dalam darah, dalam daging dan yg paling penting dalam kotak memori. Biarkan ianya tersimpan kemas di situ. Tanpa ada sikit cacat cela pun..

Bukan kenangan pahit saja yg mampu buat air mata mengalir..Yg manis pun mampu jugak. Kadangkala yg manis tu lebih menghiris hati sebab kebarangkalian yg manis nak berulang lagi di lain kali tu lebih kurang daripada kebarangkalian yg pahit..

Walau apapun..Gua tetap percaya akan takdir Allah. Semoga apa yg gua impikan akan terlaksana. InsyaAllah..

Wednesday, July 1, 2009

Wanita tolong jangan terpedaya. Tolong!

Atas nasihat rakan-rakan, gua pun pergi jumpa jugak mamat yg Kak Yati kenalkan kat gua tuh. Dan seperti yg gua expect from the beginning, memang kesudahannya sangat buruk.

Al kisahnya, si mamat nih mula-mula rajin sangat contact gua. x cukup sms, dia call. Pastu macam biasa lah gua..ikut suka hati perut gua lah bila gua nak angkat bila gua taknak angkat. Pastu si mamat ni pulak seboleh-bol$eh nak jugak nak call. Ok lah, gua angkat jugak lah kadang-kadang. So borak-borak lah.. Dalam phone, sopan habis lah konon. Segala benda kontrol. Nak tunjuk diri dia baik sangat lah.Alim. Tapi kalau lu baik sangat apahal x habis-habis ajak gua jumpa berdua? Padahal gua dah berapa banyak kali cakap gua taknak jumpa dengan dia berdua. Gua cadang, biar Kak Yati & hubby ikut sekali teman gua. Tapi yg si mamat ni seboleh-boleh taknak. Nak jugak gua datang secara solo. Alim pekebenda nya gitu? Hak ptuih!

mula-mula, gua memang berat hati sangat-sangat nak jumpa dengan mamat ni. senang cakap, gua memang taknak! Tapi Kak Yati dengan hubby dia beriya-iya suruh gua pergi jugak. Kata Kak Yati, pasni kalau x berkenan x payah kawan dah. Masalahnya ni bukan soal berkenan atau tidak. Ni soal hati gua. Hati gua memang rasa berat sangat dengan dia ni. Takde rasa apa-apa. Semuanya hambar. Gua kawan dengan dia pun sebab Kak Yati dah bagi number gua kat dia. Padahal gua tak suruh pun!

Since kenal via phone, gua dah warning awal-awal. Nak jumpa gua, jangan nak expect gua ni cantik ke apa. Gua cakap awal-awal gua ni biasa je. Gua x cantik. Gua tembam, x kurus cam model ke apa. Yg si mamat ni cakap takpe, dia bukan hensem pun. Ah dasar mulut manis memang camtu lah kan. Belum jumpa semua benda okay, orait, no problem, dah jumpa buat taik! Dah banyak lah kes gini. Tak payah nak cover baik sangat lah. Autakare je banyak!

Dengan rasa berat hati yg amat sangat, gua pergi jumpa mamat ni. Tak lama, kejap je pun! Kejap sangat! x sampai 2 jam! Mula-mula gua cakap jugak kat dia, gua rasa macam taknak jumpa. Gua berat hati. Gua terus terang habis lah kan. Takde kuasa lah nak hipokrit kan. Then dia nak jugak jumpa. Siap desak-desak gua. Gua sebenarnya dari awal kenal lagi dah x sedap hati dah. Memang lah dalam phone dia ni tahap alim wali songo. Cakap sopan lah konon. Tapi slack dia dah nampak bila gua mintak send gambar dia kat gua, dia bagi banyak alasan. Seboleh-boleh taknak bagilah kan. Nak jugak jumpa. Suruh gua tengok sendiri dia depan-depan. Poyo sangat lah tu kan. Sebenarnya gua tau sangat jenis jantan camni. Nak jumpa terus sebab senang lah nak blah kalau x berkenan dengan pompuan kan..Kalau pompuan tu simpan gambar dia, payah pulak kemudian nanti kan. Lu toksah nak bongak lah mamat. Ni orang terpelajar lah beb. Bukan orang bodoh takde otak!

Gua pergi jumpa dia secara solo. Mula-mula ada hati gak tu ajak gua naik kereta berdua dengan dia. Wahhh memang 'alim' sangat lu ni ek. Gua secara gentlenya menolak lah kan. Takde kuasa lah gua nak naik kereta dengan stranger. Muka lu pun gua taktau camana tiba-tiba nak naik kereta lu pulak..apahal? So, gua bawak kereta gua lah kan. Dia bawak kereta dia. Jumpa lah kat this one place. Kebetulan gua nak pergi beli buku jugak. So menuju ke kedai buku lah. Dia ikut gua.

Seumur hidup gua lah kan...ini lah perjumpaan yg paling teruk. Walaupun boleh dikatakan sebagai blind date, tapi gua tak hingin langsung nak fikir benda ni sebagai date! Tak layak langsung! Lagipun dia bukan buah hati gua atau lelaki yg gua sayang ke apa kan. So, x layak. Bukan apa, cuba lah bayangkan. Jumpa macam x jumpa. Boleh kira berapa patah ayat dia cakap kat gua. Gila bisu! Nak kata bisu, kata Sarjan Askar kan. Kata mengajar budak askar kan. Tapi dalam mulut lu macam ada jongkong emas lah pulak kan.. Cakap dua tiga patah. Kata Kak Yati, dia ni pemalu. Pemalu ke apa nya kalau dalam phone boleh pulak cakap banyak kan. Siap jual minyak urat bagai.. Bila dah berdepan apsal lu jadi macam tikus?? Dah lah langsung x pandai ambik hati gua. Boleh pulak biar gua bawak sendiri barang yg gua beli sendiri dengan duit kan. Lu jalan berlenggang mak minah lah kan.. Memang jenis x gentle langsung! kalau jenis lelaki gentle, perempuan beli barang, dia lah yg tolong bayarkan. Pastu at least offer lah nak tolong bawakkan. Pompuan tu kasi ke tak tu belakang kira lah kan. So, memang TOTAL disaster!

Oleh sebab gua dah rasa boring tahap wali-wali, gua pun tanya lah bila nak balik. Gua ni memang jenis jujur bendul. Kalau gua tak selesa atau x suka atau rasa x best langsung, gua memang tunjuk punya. Better lah kan dari hipokrit. So, kami pun keluar lah dari that building. Pastu si mamat ni ajak pergi makan kat mapley. Ok lah kan..Lagipun perut gua memang tengah lapar nak mampus! Dah la dia tinggalkan gua jalan sorang-soranvg kat belakang. Pastu masuk mapley tu, dia ambik makanan dia sendiri je sikit pun x pelawa gua nak makan apa. Buat macam total stranger. Gua blur habis! Last-last mamak sorang ni lah yg datang kat gua tanya nak makan apa. So, gua cakap lah apa gua nak makan. Pastu yg si mamat ni buat bodoh. Gua tanya lah nak duduk kat mana. Dia jawab duduk kat sudut hujung dalam kedai tu.

Masa makan, dia menyuap punyalah laju. Memang sesuai lah istilah makan tak pandang orang untuk dia. Yg gua ni pulak macam orang bingung je. Dia sikit x cakap apa dengan gua. Masa gua makan pun, dia buat-buat baca buku yang dia beli masa masuk kedai buku sebelum tu. Buku TAUHID kata dia. Waaahhhh. Memang betul tunjuk alim lu depan gua eh..

Masa balik, boleh dia just cakap, "Okay lah eh." je kat gua pastu blah. Takde lah nak iring gua jalan ke kereta gua ke apa..Memang lah dasar tak gentleman. Umur dah 32 tahun pun x reti-reti nak belajar jadik gentleman. Memang a turn off lah orang kata. Gua panas hati jugak lah kan.. Sebab masa ajak jumpa tu beriya-iya. Gua budget dia cam gentle lah jugak kan.. Rupa-rupanya hampeh!

Apa gua rasa eh? Toksah tanya lah kan. Penyesalan yg amat nyata! Memang a total disaster! Gua tak pernah lah keluar dengan orang gini. Memang sangat pelik! Pastu, sampai esoknya dia langsung tak contact gua! Jangan kata call, sms pun tidak. Wahhh bagus betul. Gua memang dah tahap nak sumpah seranah jugak lah kan. Apa dia ingat gua sampah ke apa kan..

Last-last lusa beliau sms jelah. Kata sorry. Pastu tanya gua sampai umah pukul berapa lepas jumpa dia. Taik!! Dah dua hari baru lu nak tanya memang sengal otak lah tu kan. Kot kalau gua eksiden ke lepas balik jumpa lu tu pun lu taktau lah kan. Sebab lu buat diam kan. Pastu tak explain pula tu apahal diam. Buat macam takde benda. Pastu malam tu sms tanya gua buat apa. Tu ajelah. Esoknya dan sampai lah skang ni, diam terus!

Memang nampak sangat lah si sarjan sekor ni memang haprak. Lu ingat cam lu bagus sangat lah kan. Buat gua macam sampah. Terus diam habis. Gua rasa lah, dia ni tak berkenan lah kot dengan gua. Al maklum lah gua ni kan x cantik cam erra pazira tu. Agaknya dia budget gua cun cam Jennifer Lopez ke apa lah kot. Padan lah umur dah 32 x kawin-kawin. Memang jenis memilih tahap cipan lah kot. Padahal lu tu sarjan je. Umur 40 dah pencen, tak payah cakap banyak lah. Gua bukan nak hina taraf dia lah kan. Yg gua maksudkan, toksah nak berlagak cam bagus sangat lah kan nak buat perangai camtu. Lain lah kalau lu tu Pegawai ke apa kan. Gua tak heran pun lu x berkenan kat gua pasal gua pun bukannya berkenan kat lu pun. Lagipun bukan gua yg beriya nak kawan dengan dia. Dia yg beriya nak kenal sangat dengan gua. Paksa-paksa gua jumpa dia. So, gua tak heran pun. Cuma yg gua kesalkan..dia ni jenis lelaki yg tak boleh pakai. Jenis haprak! Buat orang macam barang atau sampah. Sesenang je campak atau buang terus. Kata alim...orang alim takde de nak putuskan silaturrahim cam lu.

Lagi satu, gua fikir dia ni mesti nak cari calon bini. Gua awal-awal dah cakap dah..dengan Kak Yati pun gua cakap awal-awal..gua just nak kawan. KAWAN. Bukan nak buat calon suami ke apa kan. Yg si haprak ni pulak dok cakap kat gua yg dia tengah cari calon & gua calon dia. Hak ptuih! Lepas lu jumpa gua, lu tak berkenan lu buang terus la..gitu? Memang taik punya orang. Gua cam rasa terhina lah jugak kan. Sebab dia putuskan silaturrahim cenggitu je kan. Gua tak heran pun dia x jadi laki gua. Gua pun sikit takde perasaan kat dia. Cuma yg gua kesal, dia jenis manusia yg buat silaturrahim sesama manusia ni macam mainan. Apalah salah terus kawan ke apa kan. Ni terus diam. Lu tanggung lah dosa lu sendiri eh mamat haprak. Gua x nak tanggung apa-apa..And namanya gua nak terhegeh-hegeh kat dia, jangan harap lah! Tak hingin akuh! Banyak lagi orang lain nak kat akuh!

Kesimpulannya, lepas ni tak payah lah nak ikut cakap orang sangat. Kadang-kadang rasa hati sendiri tu betul. No wonder lah hati gua rasa berat sangat nak jumpa dengan si mamat haprak ni. Rupanya dia nak buat taik. Seumur hidup gua, gua belum pernah lah kena camni. Kira si haprak ni orang pertama tu beb. Mesti dia bangga betul. Takpe..takpe..Allah tu Adil. Biar Allah je balas kat lu. Masa lu akan tiba jugak, jangan risau..

Apa gua rasa skang? Takde apa. Cuma ada sikit funny lah jugak sebab gua boleh terjebak dengan mamat haprak macam ni. huhuhu

Buat rakan-rakan wanita yg lain, jangan lah terpedaya dengan mulut jantan jenis gini. Silalah berhati-hati. Jantan jenis gini, mengayat memang pandai. Mulut manis cam gula tebu. Pastu tunjuk alim tahap kaw-kaw, bukan sikit-sikit. Tapi sebenarnya hampeh! So, hati-hati. Tu aje gua nak cakap! Hopefully pasni gua x jumpa dah jantan haprak cam mamat sekor ni. Amin!