Hari ini dalam sejarah. Tak pernah-pernah gua tengok 2 movies in one day, hari ni gua buat. Semuanya gara-gara tiket Transformers. Tiket untuk show pagi dah habis. Terpaksa lah gua beli yg show petang. Sudah lah pukul 10 pagi gua dah tercongok kat TGV tu dengan harapan dapatlah masuk yg pukul 11.30 pagi punya. Tapi nasib tak menyebelahi gua, tiket habis. Jadi gua pun belilah cerita Ice Age 3 dah alang-alang datang awal. heh...
Hari ini dalam sejarah lagi. Selama ni, tak pernah-pernah gua minat cerita Transformers. Tapi hari ni gua pergi tengok pulak cerita tu. Nasib baik besh. Takde lah gua rasa rugi apa-apa kan... Kiranya hari ni seharian lah gua kat luar. Alone..macam biasalah. kalau tak ditemani abah, gua akan keluar alone. Gua sebenarnya dah jarang keluar dengan kawan-kawan. Memandangkan kawan-kawan gua yg paling rapat semuanya dah ada komitmen masing-masing. Dah jarang dapat jumpa sekerap dulu.
Hari ini dalam sejarah lagi sekali...Masa gua nak keluar dari Jusco, kat pintu keluar belah hujung tu gua nampak one man yg gua rasa macam kenal. Tapi gua macam kurang yakin betul ke itu orang yg gua memang kenal ataupun orang lain. Jadi tak berani lah nak tegur. So gua just pandang dan terus pandang. Gua ni ada satu macam perangai sikit. Kalau gua pandang orang, gua tak reti nak cover langsung. Gua akan pandang sungguh. Tak risau langsung apa lah yg akan orang tuh fikir. Gua dah terbiasa.. So, pandang punya pandang..sah. Memang gua kenal. That man is my dad's fren, Pakcik L! Tapi sayangnya perempuan yg bersama dengan Pakcik L bukanlah his wife, Makcik K yg jugak a fren of my mom's..tapi another woman! Yg tak keterlaluan kalau gua katakan sexy! Sangat lah tak sesuai untuk wanita dalam lingkungan usia seperti dia (50an) untuk dress up macam tu. SANGAT lah tak sesuai! Dan yg paling tak sesuai ialah dia dilihat bersama dengan Pakcik L yg gua tak sangka langsung akan curang dengan Makcik K! Sebab Pakcik L ni selama ni nampak sangatlah baik. Kecik-kecik dulu pun gua selalu pergi rumah dia. Malah anak-anak dia pun kawan gua. Malah dia dah bercucu pun!
Hati gua hangus bagaikan dipanah petir bila gua nampak dia bersama dengan perempuan tua sexy tu! Tiba-tiba gua terbayangkan Makcik K. Kesiannya Makcik K..dia kat rumah entah apa kabarnya..tapi suami dia sedap je keluar berdating dengan perempuan lain! Perempuan tua sexy pulak tu! Jauh bezanya dengan Makcik K yg sopan dan baik. SANGAT beza! Dan yg paling berbeza sekarang ni adalah pandangan gua terhadap Pakcik L! Memang jauh berbeza. Yg pasti, gua takkan pandang dia macam dulu lagi. Gua takkan pandang dia sebagai pakcik yg baik. Sebab bagi gua dia tak baik. kalau dia baik, dia takkan curang dengan Makcik K..Kalau dia baik, dia takkan cari perempuan jenis macam tu. Sorry to say..bagi gua perempuan tu memang perempuan tua yg taktau malu. Perempuan tua tak sedar diri.. Mungkin kata-kata gua ni agak keterlaluan tapi gua taknak hipokrit. Ini pendapat gua. Gua berhak suarakan. Bagi gua, perempuan tu tetap perempuan tua yg taktau malu. Perempuan tua yg tak pandai menjaga maruah. Penjahanam rumah tangga orang yg mungkin juga agak sesuai digelar sebagai perempuan sundal!
Lewat kebelakangan ni, gua selalu terdedah dengan kejadian-kejadian macam ni.. Suami kawan-kawan gua curang lah..suami adik kawan gua kaki pukul lah...suami kawan mak gua sendiri curang depan mata gua...Apalah perasaan kawan mak gua kalau dia tahu apa yg suami dia lakukan di belakang dia...
Mungkin Allah saja nak gua tahu semua kejadian-kejadian ni. Allah nak gua lebih kerap berfikir..Allah nak gua bersyukur bahawa gua masih ada harga diri. Gua masih ada kebahagiaan..Mungkin ada hikmah Allah lambatkan jodoh gua. Sebab Allah masih bagi peluang untuk gua menilai...Allah bagi peluang untuk gua memilih yg terbaik.. dan gua memang WAJIB bersyukur!
1 comment:
len kali sila ambil photo tu dan antar pada makcik K sebab jantan sial ni kalau kita main cakap jer, dia boleh dolak dalih...bila kita tunjuk gambar barulah terdiam...
mcm akak buat kat laki akak... asyik mengelak jer, nah amik ko aku email bagi satu opis tengok...padan muko...
kita selalu tak nak jadi penyebab rumahtangga orang runtuh dengan tidak menceritakan apa yang sisuami buat kat luar rumah terutama menyundal dgn betina sial tapi sebenarnya sikap tak nak amik tau kita tulah punca rumahtangga tu runtuh... bila dah runtuh baru kita nak bagitau pada si isteri... for me buat apa? nasik dah rentung!
yang pasti jantan murahan tak penah puas apa yang dia dapat dan ada.... tu semua jantan gampang....
Post a Comment