Sometimes, gua tak faham apa yang orang lelaki ni nak sebenarnya. Nak kata x baik, dah cukup baik dah. Penuh pulak dengan sifat seorang perempuan sejati. Dengan lemah lembutnya, sopan santun baik budi bahasa, pandai ambik hati, pandai masak, soleheh..Pendek kata sifat-sifat baik semua ada. Dari segi rupa, not bad pun. Sweet..ayu aje. Pendek kata, sedap mata memandang. Dari segi pendidikan..pun x kurang hebat. Graduate dari universiti terkemuka tanah air jugak.. Now sambung lagi belajar ke peringkat masters.. As the conclusion, she's perfect!
She is a friend of mine. Kak F. Someone yg gua kagum lah jugak. Tapi, yg gua pelik, dia boleh lagi dok tunggu this one guy. Also a friend of mine jugak. Well educated jugak. Ada rupa jugak but bukan lah good looking tahap OMG or WOW. Sedap lah mata memandang. Kak F and this fella dah kawan since 2007. We all terkejut jugak masa mula-mula tau. Sebab macam x jangka lah pulak diorang boleh close sebab this fella bukan lah ramah sangat pun orangnya. So is Kak K. Tapi bila diorang dah kawan tu, gua tumpang happy lah jugak sebab gua rasa diorang sepadan. Ideal lah kalau jadi couple.
Masalah problemnya skang, until today this fella x bagi komitemen yg serius dengan Kak F. Kata dia diorang just friends. Tapi dalam masa yg sama macam bagi harapan lah pulak kat Kak F. Kak F pun dah terfalling in love lah dengan this fella. Tahap kronik lah jugak sampai dia reject other guys yg nak kenal dengan dia. Still jugak nak tunggu that fella. Gua pun tak faham apa lah yg special sangat kat that fella tu. Nak kata handsome sangat pun x. Nak kata baik sangat...gua tengok dia baran semacam je. Gua pernah sekelas dengan dia. Tengok dia punya baran pun gua boleh rasa macam nak angkat kaki lari jauh-jauh. x bleh blah. Tu kata gua yg berhati keras cam batu ni. Yg Kak F yg sangat lah lemah lembut orangnya tu pulak kata, beliau boleh tahan dengan perangai baran that fella! Ajaib. Sungguh ajaib bagi gua. Kata Kak F, dia dengan that fella serasi. *gulp* Tang mana yang serasi pun gua taktau!
Tapi kata orang, CINTA itu BUTA. Love is blind. Memang betul lah tu. Kak F ni memang dah tangkap cintan habis dengan that fella sebab tu lah yg dia nampak cuma dia tu aje. Yg buruk pun nampak baik. Hati dah suka. Segalanya diterima seadanya lah. Masalahnya, that fella tu yg macam x boleh nak terima Kak F seadanya. Dulu Kak F tu chubby, dia komplen. So, Kak F diet and now dah kurus pun! Nak kata Kak F x cukup baik, baik sangat Kak F tu. Sangat baik. Mungkin dari segi rupa lah kot. Kak F ni takdelah cun tahap OMG. Tapi muka dia manis lah dipandang. Tu bagi gua lah. Mungkin pada pandangan mata lelaki that fella tu, dia tak cukup cantik. That fella tu memang dah sedia maklum suka perempuan cantik-cantik. Dia sendiri pun cakap. That's why lah age dah 32 pun tak kawin lagi. He's searching for the perfect woman IN HIS EYES lah kot. Cantik, baik, bijak. Full package. Mana nak cari? Kalau ada pun dah lama jadi hak orang!
Bila Kak F cerita kat gua pasal hubungan dia dengan that fella yg taktau kemana arahnya tu, gua pulak yg rasa tension. Gua hangin lah jugak dengan lelaki macam ni. Sibuk sangat nak kejar perfection..lama-lama x payah kawin lah! Senang. Tunggu bidadari di syurga. Tu yg betul-betul perfect!
1 comment:
gua cakap terus terang... that guy tak nak kat Kak F lah....
laki gua yang suka gua pun boleh berubah hati apatah lagi jenis jantan yang tak ada hati kat Kak F....
bangsat punya jantan!
Post a Comment