Monday, November 24, 2008

Rahsia

Gua sebenarnya adalah seorang yg amat perahsia. Walaupun kadangkala gua boleh jadi ramah tahap melampau dengan orang. Orang tengok gua peramah mungkin sebab gua jenis yg senang bergaul. Gua jugak senang tersenyum. Mungkin sebab tu.

Tapi gua adalah seorang yg tidak akan berkongsi rahsia diri dengan orang lain. Tidak dengan keluarga, tidak jugak dengan member-member rapat. Sebab bagi gua, rahsia diri adalah sesuatu yg amat peribadi. Dan hanya dapat dikongsi dengan Sang Pencipta.

Sunday, November 23, 2008

Pergaulan

Gua rasa skang ni gua dah tak berapa pandai nak bersosial. Hidup gua pun dah tak semeriah zaman remaja gua dulu. Dulu gua suka keluar sana sini dengan member-member.Buat macam-macam benda yg fun. Kira macam tak melekat kat rumah lah. Tapi skang ni dah tak.

Skang ni gua lebih banyak duduk kat rumah dan kat sekolah (kalau waktu kerja) aje. Gua hanya bercampur gaul dengan rakan-rakan sekerja gua. Tu pun bukan semua jugak yg gua berkenan nak buat member rapat. Ada lah segelintir yg boleh masuk dengan kepala. Kalau hujung minggu biasanya gua ke KL atas sedikit urusan. Tapi bukan lah setiap hujung minggu pun.

Bukan takde member yg ajak gua keluar. Ramai jugak. Lebih-lebih lagi bila dah cuti macam ni. Tapi gua macam tak berapa ada hati pulak nak berjalan walaupun kadang-kadang hati perut gua memberontak jugak nak balik ke JB. Serious shit gua rindu giler dengan bandar sesak di selatan tanah air tu!

Skang ni gua banyak abiskan masa depan laptop buruk gua ni aje. Melayan kepala otak gua yg separa biol. Bersosial pun dengan kaki-kaki blog yg kebanyakannya gua tak pernah jumpa pun. Tapi mesra alam macam dah kenal lama. Tapi kira orait jugak daripada bercampur gaul dengan manusia-manusia yg gua dah kenal lama tapi hati busuk macam kan apa kan?

Saturday, November 22, 2008

Kelemahan.

Dulu gua pernah cakap dengan diri gua sendiri yg gua takkan biar org lain nampak gua menangis. Tapi skang ni gua dah jadi macam org cakap tak serupa bikin. Sebab gua dah mula menangis depan org.

Mak gua pernah cakap kat gua yg gua ni keras hati. Sebab macam mana mak gua marah pun, gua takkan menangis. Sedih tu memang ada sebab kena marah dengan mak kan.. Tapi air mata tak keluar langsung. Mungkin air mata gua ada, tapi membeku dalam hati. Takpun hati gua yg menangis kot. Tapi yg nyata, gua memang tak menangis depan mak gua.

Bila gua dah pandai menangis depan org, gua rasa macam malu pulak. Tambahan lagi, sejak kebelakangan ni gua dah jadi macam terlebih sentimental. Benda kecik pun buat gua sedih. Tu belum masuk sedih sebab menonton filem hindustan atau korea lagi.

Gua rasa gua dah lebih faham diri gua kot. Selama ni gua rasa jiwa gua dah cukup kental tapi skang ni gua sedar jiwa gua belum cukup kental lagi. Terlampau banyak kelemahan diri gua yg gua belum betul-betul kaji.

Friday, November 21, 2008

Apa yg gua tau tentang CINTA?

Macam-macam definisi yg org bagi untuk menjelaskan maksud perkataan CINTA ni. Tapi gua tetap tak dapat nak pilih mana satu definisi yg paling tepat! Bila org mintak gua definisikan perkataan CINTA ni, gua hanya akan ckp "LOVE is something so precious". That's all.

Setiap kali bercakap tentang CINTA, ada satu persoalan yg sering muncul dalam kepala otak gua iaitu "Layakkah gua bercakap tentang CINTA?". Kalau gua sendiri yg bagi jawapan, gua akan jawab gua memang tak layak. Sebab gua kurang arif. Tapi kadang-kadang tergerak jugak nak bercakap. Sebab terasa macam best pulak menyentuh tentang CINTA ni.

Gua pernah JATUH CINTA ke? Entah. Taktau lah nak ckp. Gua manusia normal. Manusia normal memang jatuh cinta. Jadi gua pernah jatuh cinta lah kot. Itupun kalau tidak dikira sebagai CINTA MONYET. Ada lah dulu, gua suka dengan si fulan bin si fulan ni. Selalu jugak gua teringatkan dia. Sebenarnya lebih sesuai kalau perkataan 'selalu jugak' tu digantikan dengan 'sentiasa' kot? Sebab gua memang sentiasa teringatkan dia masa tu. Kalau tak nampak kelibat dia dalam sehari, ataupun tak dengar suara dia, gua mulalah jadi macam org hilang pedoman hidup. Setiap masa gua mengharap dia call gua atau datang jumpa gua. Sebab dengan cara tu gua rasa gembira dan bahagia. Jadi yg ni boleh dikira jatuh cinta ke?

Tapi kan, kalau kita jatuh cinta pada seseorang tu, tak semestinya org tu pun turut merasakan perasaan yg sama terhadap kita! Gua bagitau kat dia gua syok kat dia. Tapi dia reject gua! Kecewa betul gua masa tu. Memang tak best betul kalau syok sendiri ni. Tapi yg peliknya, gua tak boleh nak benci dia. Ada jugak gua cuba tapi memang sentiasa gagal. Makin gua benci, makin gua sayang pulak kat dia. Tapi sakit memang sakit lah sebab dia kan taknak kat gua. Tapi memang gua tak mampu nak benci dia. Sampai lah bila gua dah ada balak pun, gua tetap sayang dia jugak. Dan sebab rasa sayang tu jugak lah, gua clash dengan balak gua. Couple dengan org lain tapi hati kat org lain buat apa kan? Buang masa!

Takdir Allah tak siapapun dapat melawan. Akhirnya dia jatuh cinta kat gua jugak. Kira lambat lah sebab gua yg jatuh hati kat dia dulu. Tapi entah apa silapnya, ada saja masalah yg timbul. Kira macam cinta berpenghalang lah. Kesian betul kan? Bertahun-tahun macam tu. Akhirnya dia cuba couple dengan awek lain. Gua pun cuba jugak lah terima lelaki lain. Tapi asyik tak menjadi. Feel tu tak ada. Kalau ada pun tak strong. Tak sama macam apa yg gua rasa masa dengan dia dulu. Ada jugak dua tiga kali gua terkena dengan durjana. Memang sakit. Memang buang masa! Dia pun sama macam gua jugak. Sama-sama kesian lah kira.

Salah satu keajaiban CINTA ialah, ia takkan hilang dari hati kita. Skali ia hadir, ia akan kekal di situ buat selama-lamanya. Tapi harus jugak kita ingat, CINTA tak semestinya BERSATU. CINTA jugak tak semestinya memiliki!

Pelik.

Kadang-kadang gua rasa diri gua ni pelik. Gua sendiri yg rasa lah..org lain gua taktau. Sebab gua tak pernah tanya pulak apa yg org lain rasa tentang gua!

Gua ada banyak impian. Impian yg bukan calang-calang jugak lah. Macam-macam yg gua nak capai dalam hidup. Entah sempat entah tidak, bukan dalam bidang kuasa gua lah. Tu semua kuasa Allah. Gua hanya mampu merancang, DIA yg menentukan. Gua pasrah dgn apa yg DIA dah tentukan untuk gua. Tapi bagi gua, selagi gua tak melanggar undang-undang atau mengganggu hak org lain, tak salah kalau gua memasang impian dan cuba mencapai impian tersebut. Tercapai atau tidak, itu terserah pd DIA.

Sepanjang hidup gua, LONELINESS adalah musuh yg paling ketat. Yg kedua ketat lah kalau syaitan turut diambilkira! Gua benci dgn loneliness! Bg gua, loneliness adalah suatu perasaan yg amat menyeksakan. Tapi selalunya, apa yg dibenci tu lah yg kerap datang menjenguk! Kenapa? Sebab kadang-kadang diri sendiri yg memberi ruang kot??

Wednesday, November 5, 2008

Hidup mesti berani.

Kadang-kadang...gua rasa macam hidup gua lebih banyak kenangan pahit daripada kenangan manis. Terlampau banyak air mata yg tumpah, terlampau banyak amarah yg terpendam. Tapi gua tetap bawak bersabar dan tabahkan hati. Gua hadap jugak semuanya dengan cekal. Apa pun yg berlaku, hidup tetap perlu diteruskan selagi gua masih bernyawa. No regrets, no fear!

Org yg takut menghadapi hidup ialah org yg layak digelar pengecut. Gua taknak jadi pengecut. Gua cuba jadi berani walaupun adakalanya terbabas jugak. Kadang-kadang gua takut hadapi dugaan. Cukup takut! Sebab gua tak pasti gua boleh lepas ataupun tidak. Jangan persoalkan apa yg gua rasa, sebab gua hanyalah manusia biasa yg terlalu banyak kelemahan diri! Tapi macam yg gua ckp, gua cuba jadi berani! Gua akan tetap terus mencuba selagi gua masih mampu.

Kadang-kadang gua rasa, gua macam berperang dgn diri sendiri. Akal kata lain, hati kata lain. Mana satu badan nak ikut? Mana-mana satu pun boleh. Kedua-duanya tak mustahil! Tapi adakalanya, suatu elemen jahat yg digelar 'nafsu' datang mengacau. Mendorong hati menjadi panas dan akal menjadi kurang waras. Kesudahannya, tubuh badan memberontak lalu mewujudkan amarah terpendam!