Tuesday, July 7, 2009

Sabar..

Dua tiga hari ni, gua kerap terkenangkan dia. taktau kenapa..Gua sikit pun x mintak jadi gitu..Tiba-tiba je dia muncul dalam kepala otak gua.

Kalau nak diikutkan, dah hampir 4 bulan dia diam. Diam membisu takde kabar berita. Langsung tak ada. Ada gua try call handphone dia tapi yg menjawab hanyalah operator maxis yg x habis-habis mengulang ayat.."The number you have dialled cannot be reached at this time". Tapi takpelah. Gua dah memang dah sedia maklum dia sedang dalam training. Mungkin dia sibuk. Gua pun malas dah nak contact dia. Kalau dia still ingat gua.."bestfren" dia ni, dia pasti akan contact gua. Taktau bila..tapi dia pasti akan. Kalau dia x contact pun, takpelah. Gua dah x kisah. Gua pun dah malas dah nak mengharap.

Jika ditanya tentang apa yg gua rasa..Gua akan cakap gua rindu. Yer memang gua rindu. walaupun antara gua dengan dia dah takde apa-apa, tapi gua sikit pun x benci dia. 9 tahun bukannya satu jangkamasa yg singkat. Itulah usia perkenalan gua dengan dia. Mungkin disebabkan itu jugak, gua x boleh buang dia dari hidup gua. Walaupun gua pernah try nak buang, gua still x boleh jugak. Terlampau banyak benda baik yg jadi dalam hidup gua sejak dia muncul dalam hidup gua masa usia gua baru cecah 18 tahun. Terlampau banyak. Lebih banyak manis dari yang pahit. Jadi, tak patut gua buang dia dari hidup gua. Biar apa yang jadi, dia tetap akan gua simpan di suatu ruang di sudut hati gua.

Sepanjang gua kenal dengan dengan lelaki, tak ada yg macam dia. Gua bukan saja nak banding tapi memang gua kena banding jugak. Dan gua bersyukur sebab dalam hidup gua, Allah bagi peluang gua kenal dengan dia. Lelaki sebelum dan selepas dia, semuanya serba tak kena. Semuanya gua tak berkenan. Bukan lah gua ni memilih sangat ke apa..cuma hanya dia yg gua suka. Maksud gua, betul-betul suka. I was in love. Madly in love. Hanya dengan dia. Tak ada lain, hanya dengan dia. Lepas dia, dah takde lain lagi yg gua boleh betul-betul suka macam gua suka dia. Gua pun taktau kenapa..mungkin sebab masa dengan dia, gua dah serahkan segala rasa sayang, cinta sepenuhnya untuk dia. Gua tau gua dah silap kat situ. Tu sebab lah gua susah nak jatuh hati lagi kat orang lain. Memang salah gua..gua akui.

Sekarang ni, gua dah taktau apa nak diharapkan lagi. Gua hanya mampu berdoa. Moga Allah beri yg terbaik untuk gua. Jika dia yg terbaik untuk gua, gua terima. Gua redha. Kalau bukan dia pun, gua tau Allah dah tetapkan yg terbaik untuk gua. Yg penting, gua kekal bersabar.

2 comments:

NenetPenne (NP) said...

cemana nak cakap eh?

apsal tetiba dia hilang dari hidup ween?

tak perlah ween, one day..hopefully one fine day ween dapat yang lebih baikkkkkkkkkkkkkkk dari dia.... akak doakan untuk ween, dan akak doakan untuk diri akak juga....

hanya mereka yang mengalaminya yang tau apa itu perasaan rindu...

aaarrrhhh kacau sey!

:: Wiween :: said...

panjang citernya kak :)