Sunday, May 3, 2009

Terkenang..

Kalau lah dapat memadam memori, gua nak sangat memadam yang pahit. Padam habis terus tanpa tinggalkan sedikit sisa pun. Maka dapatlah gua merawat segala kudis di hati gua ni..

Gua nak padam segala orang yang datang dalam hidup gua dan melukakan hati. Gua nak padam kesemuanya kecuali dia.. Walau seteruk mana dia sakitkan hati gua..walau sekerap mana pun dia lukakan perasaan gua, gua tak dapat nak buang dia..Terlampau banyak kata-kata dia yang pernah buat gua gembira..terlampau banyak perbuatan dia yang buat gua rasa tenang dan bahagia. Takde siapapun selepas dia yang layan gua sebaik dia. Takde siapapun selepas dia yang buat gua rasa berharga macam yang dia pernah buat. Semuanya bagaikan pisau yang menghiris..lalu meninggalkan luka yang terlalu dalam! Tak dapat diubati dengan perjalanan masa..

Walau dimana pun dia berada, gua doakan dia bahagia.. Semoga Allah merahmati kehidupan dia.. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat dia..

2 comments:

dkama said...

Gunakan kaedah 3F kompom berkesan punya... gua dah buat banyak kali dulu... lu tengok ar dalam blog gua kaedah tu... nampak cam senang tapi nak buat ade kaedah die beb... gua caya sama lu Rockers mesti bole buat...

:: Wiween :: said...

err 3f? :O