Monday, June 8, 2009

Runsing

Gua dah taktau nak mengadu pada siapa lagi tentang perasaan gua. Gua hanya ada Dia. Kalau gua tak mengadu pun Dia memang Maha Mengetahui apa yg tersirat di hati gua. Gua teramat sedih sebenarnya. Tak tau kenapa, lawat kebelakangan ni gua kerap memikirkan hal masa depan gua. Esp berkaitan dengan jodoh.

Gua sebenarnya sangat sedih. Apakah kesudahan kehidupan gua? Adakah gua akan mati muda. Atau adakah gua telah ditakdirkan untuk hidup sendirian tanpa teman seumur hidup? Atau adakah gua ditakdirkan berkahwin pada umur yg sangat lewat iaitu bila gua dah tua?

Entahlah. Gua runsing memikirkan hal ni. Gua dah taktau macam mana nak jangka siapakah jodoh gua. Gua seriously taktau! Dulu gua ada menanam sedikit harapan.. Bahawa dia tu adalah jodoh gua. Walau macam mana marah pun gua pada dia..walau macam mana benci pun gua pada dia..gua tetap harap dia adalah jodoh gua..

Tapi, semakin hari berlalu...gua dah taktau apa nak jangka. Dia semakin jauh dari gua..bayangan masa depan yg gua jangkakan dah hancur musnah sama sekali. Gua dah tak nampak masa depan gua dengan dia. Gua tak nampak langsung. Jadi gua terpaksa berhenti berharap..walaupun pada hakikatnya hati gua merana. Hati gua sakit..hancur.. Allah saja yg tahu macam mana peritnya gua rasakan..

Ramai nak kenalkan gua dengan lelaki. Tapi taktau kenapa hati gua terlampau berat nak yakin bahawa lelaki-lelaki tu semua jujur dan ikhlas. Dalam kepala gua hanya satu, semua lelaki ni tak jujur. Semuanya nak main-main. Semuanya bukannya nak serius dengan gua, tapi nak permainkan perasaan gua. Kak Yati kenalkan gua dengan someone. Okay lah gua cuba kawan. Mula-mula okay, nampak bersungguh. Nampak cara macam baik orangnya. Tapi entah lah gua ni. Mungkin salah gua jugak..gua macam main-main. Gua tak tunjukkan kesungguhan jugak. Bila dia ajak jumpa, gua selalu je mengelak. Mungkin tu silap gua. Tapi dia kena faham. Gua perempuan. Gua ada perasaan was-was. Gua takut!

Tak apa lah..Mungkin in petanda Allah makbulkan doa gua. Gua selalu mintak dijauhkan dengan lelaki yg BUKAN jodoh gua.. Mungkin dia ni bukan jodoh gua..

Gua tak patut rasa sensitif macam ni. Ke gua suka kat dia? Entah lah gua memang taktau apa yg gua rasa sebenarnya. Gua memang serabut! Gua semakin tak matang dalam berfikir! Mana mungkin gua sukakan orang yang gua tak pernah tengok..tak pernah jumpa. Hanya bersms dan berbual di telefon dalam tempoh masa yg singkat je baru pun! So, fikir logik pun, buat apa gua nak rasa sensitif sangat??

Ah sudah. Tak payah fikir.

2 comments:

ainShahajar said...

kadang2 kita lupa cara untuk bercinta

stelah dikecewakan beberapa kali =(

Are_Long said...

mcm sama ajerr..cerita kisah kita....huhuhuhu.....