Thursday, June 11, 2009

Jahanam!

Arini gua panas hati betul. Gua taktau lah ni mungkin sebab gua tengah period ke apa. Tapi gua hangin betul bila someone ni cakap sebagai perempuan kalau umur dah 27 tu bukan dikira tua ke? Kuang ajar betul mulut dia. Terus gua sentap habis. Mula-mula elok je berbual bila dia cakap macam tu, terus gua sakit hati. Terus gua cakap kasar habis dengan dia. lantak lah. Gua peduli apa. Sapa suruh cakap macam tu. Apa hina sangat ke gua kalau umur gua dah 27 tapi gua belum kawin? Tua sangat ke gua??

Pastu tadi kat tagged, ada jantan durjana mana tah tak pasal-pasal cakap orang macam gua ni mesti dah takde dara. Kepala otak lu lah! Bodoh punya orang. Lu ingat, gua ni perempuan jenis apa? Lu kenal gua pun tak sukati mak abah lu je nak memfitnah gua macam-macam. Lu tu agaknya kaki perosak anak dara orang tu sebab suka sangat cakap macam tu kot. Bangsat punya orang. Tak guna. Lu tanggung lah dosa lu sendiri memfitnah gua macam tu. Jahanam!

Takpe. Selagi gua leh bersabar ni gua sabar lah jugak. Lagipun buat apa gua layan makhluk jahanam cam tu buang masa gua je. Lebih bagus ignore aje. Dah block dah pun jahanam tu. Bagus. Aman hidup!

Monday, June 8, 2009

Runsing

Gua dah taktau nak mengadu pada siapa lagi tentang perasaan gua. Gua hanya ada Dia. Kalau gua tak mengadu pun Dia memang Maha Mengetahui apa yg tersirat di hati gua. Gua teramat sedih sebenarnya. Tak tau kenapa, lawat kebelakangan ni gua kerap memikirkan hal masa depan gua. Esp berkaitan dengan jodoh.

Gua sebenarnya sangat sedih. Apakah kesudahan kehidupan gua? Adakah gua akan mati muda. Atau adakah gua telah ditakdirkan untuk hidup sendirian tanpa teman seumur hidup? Atau adakah gua ditakdirkan berkahwin pada umur yg sangat lewat iaitu bila gua dah tua?

Entahlah. Gua runsing memikirkan hal ni. Gua dah taktau macam mana nak jangka siapakah jodoh gua. Gua seriously taktau! Dulu gua ada menanam sedikit harapan.. Bahawa dia tu adalah jodoh gua. Walau macam mana marah pun gua pada dia..walau macam mana benci pun gua pada dia..gua tetap harap dia adalah jodoh gua..

Tapi, semakin hari berlalu...gua dah taktau apa nak jangka. Dia semakin jauh dari gua..bayangan masa depan yg gua jangkakan dah hancur musnah sama sekali. Gua dah tak nampak masa depan gua dengan dia. Gua tak nampak langsung. Jadi gua terpaksa berhenti berharap..walaupun pada hakikatnya hati gua merana. Hati gua sakit..hancur.. Allah saja yg tahu macam mana peritnya gua rasakan..

Ramai nak kenalkan gua dengan lelaki. Tapi taktau kenapa hati gua terlampau berat nak yakin bahawa lelaki-lelaki tu semua jujur dan ikhlas. Dalam kepala gua hanya satu, semua lelaki ni tak jujur. Semuanya nak main-main. Semuanya bukannya nak serius dengan gua, tapi nak permainkan perasaan gua. Kak Yati kenalkan gua dengan someone. Okay lah gua cuba kawan. Mula-mula okay, nampak bersungguh. Nampak cara macam baik orangnya. Tapi entah lah gua ni. Mungkin salah gua jugak..gua macam main-main. Gua tak tunjukkan kesungguhan jugak. Bila dia ajak jumpa, gua selalu je mengelak. Mungkin tu silap gua. Tapi dia kena faham. Gua perempuan. Gua ada perasaan was-was. Gua takut!

Tak apa lah..Mungkin in petanda Allah makbulkan doa gua. Gua selalu mintak dijauhkan dengan lelaki yg BUKAN jodoh gua.. Mungkin dia ni bukan jodoh gua..

Gua tak patut rasa sensitif macam ni. Ke gua suka kat dia? Entah lah gua memang taktau apa yg gua rasa sebenarnya. Gua memang serabut! Gua semakin tak matang dalam berfikir! Mana mungkin gua sukakan orang yang gua tak pernah tengok..tak pernah jumpa. Hanya bersms dan berbual di telefon dalam tempoh masa yg singkat je baru pun! So, fikir logik pun, buat apa gua nak rasa sensitif sangat??

Ah sudah. Tak payah fikir.

Sunday, June 7, 2009

Cukup.

Hati menjadi tawar. Setawar air yg memang dah tawar. Sudah lah tawar, makin tawar. Apa yang dirasa hanyalah tawar. Mungkin memang dah lama tawar pun cuma baru sekarang terasa rasa tawar tu...

Kenangan tolong jangan datang lagi. Gua tak mahu diganggu lagi. Jangan bikin kepala gua runsing. Cukup!

Buat angin bayu yg tidak berhenti bertiup, tolong bawa jauh kenangan itu pergi. Jika boleh tolong lenyapkan ia selamanya. Sebab gua dah tak sanggup nak simpan lagi.. Cukup!

Monday, June 1, 2009

27

Happy 27th Birthday, myself. May all of our dreams come true. insyaAllah