Monday, March 16, 2009

Jodoh..

Gua takde jawapan untuk soalan gua sendiri dalam previous post. Gua belum ada lagi jawapannya. Gua sendiri taktau apa yang gua fikirkan semalam. Gua kalut? Gua cuak? Gua risau? Risau maybe adalah sikit.

Gua sebenarnya dah pening dengan soalan orang ramai. Macam biasalah. Sebagai seorang anak dara single yang bakal berumur 27 tahun this coming June, gua memang tak dapat nak lari dari soalan-soalan macam "Bila nak kawin?" "Dah ada calon ke?" "Memilih sgt kot ko nih?". Gua memang dah masak sangat dengan soalan-soalan macam ni. Sampaikan gua sendiri tergaru-garu kepala yang sebenarnya tak gatal pun!

Sebenarnya gua sendiri taktau apa nasib gua. Jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Gua pernah merancang, tapi takdir Allah lebih berkuasa. Jadi, gua tak boleh nak buat apa. Yang boleh gua buat, hanyalah redha akan ketentuan Allah.

Bukan gua taknak kawin. Sebagai umat Islam, gua memang nak. Rasulullah pun tak mengaku umat kalau gua kata taknak! Gua taknak lah sampai macam tu. Sebab gua orang Islam. Gua jugak seorang manusia normal. Gua memang ada niat untuk itu. Cuma masanya belum tiba. Dan gua masih belum jumpa gua punya Prince Charming.

Gua dah taknak mengulang kesilapan masa silam. Gua buta kerana cinta. Masa tu gua fikir bila gua jatuh cinta dengan seorang guy, maka guy itulah segala-galanya buat gua. Tak akan ada cinta lain. Hanya dia. Cinta hanyat untuk dia. Tapi gua ternyata silap. Gua bodoh. Sekarang ni tengok apa dah jadi. Gua takde pulak menjadi dengan dia. Padahal gua dah spend 6 tahun hanya cintakan dia. Tapi kesudahannya apa? Tak ada apa-apa. Tapi gua tak salahkan that guy. Gua yang terlampau ikut perasaan. Sebab gua bodoh. Gua tak patut sayang orang sepenuh hati. Gua tak patut obses sangat dengan cinta. Gua yang silap. So gua sendiri tanggung risikonya.

Lepas cinta pertama, gua tak jumpa dah lelaki yang gua boleh sayang sepenuh hati macam cinta pertama gua. Ada gua cuba..tapi yang gua jumpa hanyalah lelaki jahanam. Yang nak amik kesempatan. Yang nak melukakan hati gua dengan sengaja. Sakitnya hati gua Allah saja yang tau. To be completely honest, gua masih belum heal dari kelukaan itu. Sesungguhnya gua terasa sangat perit! Tapi kata orang, anggap saja sebagai pengalaman hidup..

Sekarang gua ada sedikit fobia. Gua rasa payah sangat nak percayakan lelaki. Bukan gua kata lelaki jahat. Cuma gua belum jumpa yang betul-betul ikhlas dengan gua. Gua taknak main tangkap muat. Gua taknak! Bagi gua, biarlah dapat yang betul-betul boleh jaga gua seumur hidup. Macam mak bapak gua jaga gua. Bukan dapat yang sesuka hati nak menyakitkan hati gua. NO! Gua taknak dah. Cukuplah pengalaman lalu. Moga Allah ketemukan gua dengan lelaki yang memang diciptakan untuk gua. Seandainya lelaki itu memang tiada, gua tetap redha. Gua tau, Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu...

2 comments:

aidaskop said...

haah saya pun education jgk... tp skng study kat UPSI lagi setaun..sedih la bace rentetan hati kak wiwen...sabar la kak ween mungkin blum diketemukan lagi dgn org yg betul2 jodoh akk jgn putus asa yea go go chaiyok...

NenetPenne (NP) said...

apa risau dengan angka 27 tapi masih single? dunia skarang dah moden... akak kahwin pun dalam usia lanjut..

jangan kahwin semata2 krana orang sekeliling yang sibuk bertanya.... dan jangan kahwin dgn jantan yang tangkap muat jer ...

betul..jangan terlalu obses dgn cinta.. lelaki sebelum kahwin lain, selepas kahwin lagi lain... jangan terlalu obsess...

your jodoh will sampai... jangan risau. bila tiba masanya ia akan muncul dgn sendiri... akak sudah mengalaminya...

terharu kerana masih ada lagi insan yang tidak obses dengan cinta dan jantan...

one find day u will meet ur soulmate... trust Allah. He knows what is best for you.