Saturday, March 21, 2009

Gua memang kental..

Kadang-kadang, gua terasa seperti ingin membawa diri. Jauh dari sini, jauh dari orang-orang yang gua kenal. Gua nak pergi tempat asing. Tempat di mana takde sorang pun kenal gua.. Gua jadi macam total stranger.

Gua ni sebenarnya sorang yang sangat pandai sorok perasaan. Gua sedih pun orang tak nampak gua sedih. Gua tak pandai nak menunjuk sedih. Menunjuk marah gua pandai lah tapi tu pun kejap aje. Gua mana boleh marah lama-lama. Gua rasa macam tak selesa.. Tapi kalau sedih gua memang pandai sangat sorok. Orang akan nampak gua happy sungguh padahal orang taktau gua sedang menanggung kesedihan yang teramat sangat. Benda ni memang gua arif sangat.

Gua anak tunggal. So gua takde masalah jika ditinggal sendirian. Gua dah biasa alone. Letaklah gua kat mana-mana, insyaAllah gua boleh berdikari. Rasa lonely memang ada kadang-kadang..tu tak dapat dinafikan. Semua orang pun rasa macam tu gua rasa. Taktau lah kot gua aje yang rasa kan.. Tapi gua tak kisah sangat. Rasa lonely tu lah buat gua rasa kental. Gua boleh bangga dengan diri gua sebab gua dapat teruskan hidup walaupun tanpa adik-beradik, tanpa boyfren.. Sebut pasal boyfren..ntah kenapa gua dah tak rasa apa-apa dah. Gua dah tak kisah. Pengajaran paling berharga dalam hidup gua, jangan main terima sapa-sapa dalam hidup dengan terburu-buru semata-mata nakkan boyfren. Tu gua memang ingat sampai bila-bila. Nasihat gua untuk diri gua sendiri. Tak ditujukan untuk sapa-sapa..

Skang gua bahagia dengan hidup gua. Bahagia sebab dah takde orang ganggu, dah takde jantan keparat mengacau, dah takde orang yang penuh hasad dengki datang mengganggu emosi gua. Cuma kadang-kadang kepala otak gua aje yang pikir bukan-bukan. Tapi tu biasalah.. Asalkan hidup gua sihat tanpa gangguan, gua dah cukup bersyukur kat Dia.

2 comments:

NenetPenne (NP) said...

>>>>Pengajaran paling berharga dalam hidup gua, jangan main terima sapa-sapa dalam hidup dengan terburu-buru semata-mata nakkan boyfren.<<<< ur statement

my comment: i like that....

satu pesanan lagi jangan terburu2 kahwin hanya kerana orang sibuk2 tanya kita bila kita nak kahwin....dan kerana takut digelar anak dara tua...

:: Wiween :: said...

Nenekpenne.
thanks. i pun stuju dengan ur opinion. Drp kawin dgn keparat baik tunggu org yg ok. hehe