Hidup tanpa games memang membosankan. Bila ada games, amat melalaikan! haha. Gua boleh pulak ikut kepala otak weng gua melayan games Dynomite yang dah berkurun lama tu kat laptop buruk gua malam tadi. Mula-mula tu cadang nak layan Urban Legend. Tp terbukak pulak games tu. Urban Legend tah kemana gua pulak melayan Dynomite!
Games Dynomite ni memang berantu lah gua rasa. Dulu gua ingat lagi zaman gua giler main games ni masa lepak kat bilik Adik Geda. Zaman gua study kat UKM dulu lah. Especially during Ramadhan. Sementara tunggu nak pegi solat tarawih tu, gua layan Dynomite dulu! Pc si Adik Geda lah menjadi mangsa kerakusan gua bermain tembak-tembak telur dinasor tu! Maklum lah gua rajin merempat ke bilik dia. Bilik sendiri gua anak tirikan. kahkahkah. Adik Geda hanya menggeleng-geleng kepala menengok telatah gua yang macam budak-budak dapat mainan! Takmau dilepas-lepas. haha
So malam tadi, berulang kembali nampaknya zaman kegemilangan gua bermain dynomite! Skali main, takmau berenti sampai lah jam menunjukkan pukul 4.00am! Giler gua tak sedar! Bila dah sedar tu cecepat gua off laptop & mentidurkan diri. Takut tak bangun pulak Subuh. Nasib baik suara emak gua tu power, bangun jugak gua menunaikan kewajiban sebagai hamba Dia. Tapi lepas solat gua tido balik! Ngantuk ar! hehehehe
Tapi, dekat pukul 11.00am gua dah bangun. Emak pegi klinik buat overtime hari ni. So gua janji dengan emak gua nak masak ayam masak kicap. So gua pun menunggang terbalikkan dapur lah pukul 11.00 tu. haha. Dah siap masak pun. Kejap aje. Maklum lah sekadar ayam masak kicap. Teringin pulak nak makan! Padahal gua bukan suka masak kicap pun. Pelik..pelik.. Kejap lagi lepas zohor, gua akan memulakan aktiviti mendynomite lagi! yahoooooooooooooooo hidup memang indah bila ada games!
No comments:
Post a Comment