Bagai menjerat leher sendiri..gua cuba membuka hati seluas-luasnya untuk mencari cinta baru. Malangnya ianya membuatkan gua rasa semakin 'sakit' dan perit. Gua belum bersedia sebenarnya. Terlalu sukar bagi gua untuk menerima orang lain seadanya di kala hati gua masih sakit dengan dia. Hati gua masih belum 'sihat'. Masih perlu 'berehat'. Taktau lah berapa lama. Seandainya pulih pun, gua yakin takkan pulih sepenuhnya kerana parut akibat kelukaan itu tetap ada. Parut itu takkan hilang buat selama-lamanya. Memang tak akan..walau bagaimana gigih pun gua cuba. Sebagaimana parut operation di tangan kanan gua ni tak hilang, macam tu lah agaknya parut di hati gua..
Gua perlukan masa..Yg entah berapa banyak. Biasalah manusia, asyik cakap perlukan masa tapi hakikatnya masa memang tak pernah cukup sampai lah di saat menutup mata buat selama-lamanya..
Entahlah. Memikirkan benda macam ni memang buat gua pening. Hati gua sakit..Sakit betul..
No comments:
Post a Comment