Tuesday, December 22, 2009

Tak cukup masa..

Bagai menjerat leher sendiri..gua cuba membuka hati seluas-luasnya untuk mencari cinta baru. Malangnya ianya membuatkan gua rasa semakin 'sakit' dan perit. Gua belum bersedia sebenarnya. Terlalu sukar bagi gua untuk menerima orang lain seadanya di kala hati gua masih sakit dengan dia. Hati gua masih belum 'sihat'. Masih perlu 'berehat'. Taktau lah berapa lama. Seandainya pulih pun, gua yakin takkan pulih sepenuhnya kerana parut akibat kelukaan itu tetap ada. Parut itu takkan hilang buat selama-lamanya. Memang tak akan..walau bagaimana gigih pun gua cuba. Sebagaimana parut operation di tangan kanan gua ni tak hilang, macam tu lah agaknya parut di hati gua..

Gua perlukan masa..Yg entah berapa banyak. Biasalah manusia, asyik cakap perlukan masa tapi hakikatnya masa memang tak pernah cukup sampai lah di saat menutup mata buat selama-lamanya..

Entahlah. Memikirkan benda macam ni memang buat gua pening. Hati gua sakit..Sakit betul..

Saturday, December 19, 2009

Noktah.

Gua taktau macam mana nak gambarkan apa yang hati gua tengah alami. Gua taktau nak suarakan bagaimana hancur, luluhnya hati gua bila mengenangkan hubungan selama 9 tahun yang terus lenyap begitu saja. Gua taktau nak rasa apa. Patut ke gua happy? Sedih? Atau menyesal tak sudah-sudah atas segala yang berlaku? Adakah selama ni gua dah membuang terlalu banyak masa dengan mengharapkan dia? Akhirnya jadi macam ni, gua seakan hilang arah, hilang harapan, hilang masa depan yang gua bayangkan dipenuhi dengan kebahagiaan yang akan gua kongsi dengan dia sehingga akhir hayat gua..

Tak langsung gua sangka keadaan akan jadi macam ni. Kali ni gua kehilangan dia terus, buat selama-lamanya mungkin. Dalam hati dia, dah tak ada gua..Mungkin memang tak pernah langsung gua ada dalam hati dia. Mungkin tak pernah langsung rasa sayang untuk gua ada dalam hati dia..Mungkin selama ini hubungan yang dibina semata-mata atas rasa simpati..Atau sekadar suka-suka..Gua tak mungkin tau, apa sebenarnya yang ada dalam hati dia..Tapi sekurang-kurangnya sekarang gua tau yang gua hanya menanti buah yang tak mungkin gugur..Gua tak ada dalam hati dia. Memang tak ada.

Gua tak harus menanti lagi. Cukup lah takat ini. Cukup lah derita yang gua tanggung bertahub-tahun kerana menanti dia.. Gua bukan dah tak sanggup, gua sanggup jika mengenangkan perasaan gua yg utuh terhadap dia. Tapi GUA TAK ADA DALAM HATI DIA. Jadi apa gunanya penantian tu..

Gua pasrah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..