Sunday, April 18, 2010
Bebas
Gua BEBAS. Sebebas-bebasnya. Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk gua masih bergembira. :)
Friday, April 9, 2010
Angkat kaki
Bila dia diam begitu lama..itu bermakna dia dah ada yg lain..macam dulu-dulu bila dia diam macam ni, means dia sedang sibuk bercinta dengan orang lain..sudah tiba masanya untuk gua 'sedar dr tidur yg lama'. Biarpun ini sekadar instinct gua, tapi biasanya instinct gua betul. So, apa gua tunggu lagi? Angkat kaki saja lagi bagus.
Friday, April 2, 2010
Hanya untuk pemilik.
Gua memang tak akan putus berdoa supaya gua tidak ditemukan dengan orang yg salah. Gua harap hati gua akan terbuka untuk yg sebenar-benarnya tertulis di luh mahfuz adalah pemilik gua.. Yg lain, please go away. Enuff said.
Tuesday, March 30, 2010
Thursday, March 18, 2010
Rindu
Merindui dia adalah suatu perkara yg cukup menyentap jiwa gua..macam rasa ditusuk-tusuk hati gua ni. Tapi itulah kenyataannya. Gua rindu dia. Dan gambar dia gua masih simpan dalam wallet. Memang gila. :)
Tuesday, March 9, 2010
Kan senang kalau...
Kan senang kalau cinta boleh dibeli dengan duit. Tak payah susah payah itu ini. Nak cinta saja, keluar duit dan bayar. Malangnya tak boleh. Lebih malang kalau orang macam gua ni spesisnya bertambah-tambah dalam dunia ni. Spesis yang hanya percaya kepada CINTA HANYA DATANG SEKALI DALAM HIDUP.
Thursday, February 18, 2010
jauh..
Kebelakangan ini..bayangan wajah itu semakin jauh..dan gua semakin dapat melupakannya...Adakah semua ini benar atau khayalan gua? Yang pasti...gua dah tak kisah..
Subscribe to:
Posts (Atom)