Gua da kurang huha huha macam dulu. Gua lebih celik mata berbanding dulu. Gua lebih nampak jauh dari yang dekat. Sesungguhnya gua dah berubah.
Mungkin sebab gua dah tua. Mungkin jugak gua makin sedar diri dengan pelbagai kejadian dunia yg kerap berlaku. Gua dah makin sedar..
Moga kehidupan gua akan terus dalam kesedaran macam ni dan tidak lagi dibelenggu perkara remeh yg tak sepatutnya gua fikirkan. Gua tau Allah dah tetapkan yg terbaik buat gua. InsyaAllah.
Sunday, January 25, 2009
Thursday, January 1, 2009
Azam
2009..
... gua nak perbanyakkan amal ibadah
... gua nak jadi lebih berdedikasi terhadap tugas gua dalam mendidik anak bangsa.
... gua nak jadi lebih kuat & tabah dengan dugaan mendatang!
... gua nak kurangkan huha huha tp lebihkan senyap
... gua nak kurangkan amarah terpendam dan juga dendam
... gua taknak dah orang tengok gua nangis
... gua taknak dah jumpa lelaki durjana
... gua taknak dah jumpa kawan makan kawan
... gua taknak dah keras hati sangat
... dan lain-lain yang lebih baik gua simpan dalam hati! :)

Sunday, December 28, 2008
1430H
Tiap kali menjelang tahun baru, hati gua rasa sebak semacam. Mengenangkan segala hal yang pernah berlaku pada tahun yang lepas. Sama ada hal yang mendatangkan bahagia ataupun hiba. Terlampau banyak kenangan yang dah lepas dan tak mungkin dapat berulang kembali. Begitu jugak kenangan yang terlalu ingin dipadam tapi tak mungkin dapat dipadam.
Gua tetap bersyukur dengan nyawa kurnian Yang Maha Kuasa. Gua juga bersyukur Dia masih panjangkan umur gua sampai sekarang. Tahun baru ni taktau lah lagi. Mungkin nyawa ini akan terus dipinjamkan pada jasad gua atau mungkin juga akan ditarik balik olehNya. Semuanya kuasa Dia.
Apa yang berlaku pun, manusia macam gua perlu redha. Semoga tahun baru ni kehidupan gua akan lebih bermakna & hopefully semakin banyak kegembiraan yang akan gua kecapi. InsyaAllah.
Salam Maal Hijrah 1430H.

Friday, December 26, 2008
Minat
Ben Loong adalah orang yang bertanggungjawab kenalkan gua dengan Cradle Of Filth. Memang dia peminat fanatik group tu. Dipromotenya kat gua abis-abisan. Dia jugak penah simpan perasaan kat gua. Cuma gua buat-buat macam tak faham.
Mula-mula gua takut jugak nak dengar. Sebab black metal kan. Gua baca lirik-lirik diorang pun macam ada kena mengena dengan fahaman Satanist. So gua takut lah jugak nak fanatik sangat. Gua dengar-dengar gitu je. Cuma gua minat sangat tengok Dani tu. Taktau pasal apa. Mungkin dia unik kot? hehe. Tapi gua tetap suka dengar lagu Born In A Burial Gown. :)

Wednesday, December 24, 2008
Syukur
Gua sebenarnya lebih tertarik membaca kisah orang yang lebih tragis dari gua. Kerana dari situ gua akan rasa lebih lega, lebih bersyukur. Selama ni gua rasa hidup gua banyak kisah yang tragis. Banyak yang kurang dari yang lebih. Tapi rupanya gua memang dasar tak sedar diuntung. Betapa insafnya gua bila membaca kisah orang-orang yang lebih dahsyat nasib hidupnya. Memang betul lah, hidup mesti pandai bersyukur!
Friday, December 19, 2008
Tahniah.
Nampaknya siang nanti tercatat lah dalam Sejarah Malaysia Moden tentang pernikahan jejaka idaman semalaya @ Si Mawi tu dengan pasangannya, Si Ikin. Siap siaran langsung. Sama jugak macam Puan Siti Nurhaliza tu kahwin dulu. Gempak satu Malaysia.
Tapi sayangnya, gua menyampah! hahaha. Bagi gua, si Mawi ni poyo. Sejak zaman AF3 lagi gua dah memang menyampah dgn dia. Nampak macam naif lah konon. Lurus bendul. Bajet alim lah kan. Tapi bagi gua lah, itulah yang dinamakan alim-alim kucing. Tak faham betul lah punya ramai makhluk dalam Malaysia nih fanatik betul dengan dia.
Gua ingat lagi, prelude AF3, dia taknak langsung salam dengan yg pompuan. Bukan muhrim kan. Tp lama-lama apa dah jadi beb? Gua tengok siap menari pegang tangan dengan si Marsha. Mana ilang lu punya alim? Heh...kalau macam ni lah yang peminat seni tanahair Malaysia skang ni agung-agungkan, gua lebih rela minat Nirvana! Cradle Of Filth pun gua sanggup! 'cos they are about music. And they aren't hipocrites! Dah memang sah-sah la they all takde akidah. Tang tu tak payah lah diikut pulak. Tapi pandang dari sudut muzik, they all memang gempak. Banding dengan si Mawi, yang ada akidah, Tapi chose to be a singer than a bilal?? Gua ingat lagi dia dapat tawaran belajar jadi bilal tapi dia tolak & chose to take part in AF3?? Memang betul lah dunia akhir zaman.
Gua tak kisah lah peminat fanatik si Mawi tu nak cakap apa pun. Gua punya pendapat, gua punya pasal lah gua nak luahkan ke apa. This is a free country! Lu nak cakap 'Leave him alone' ke..'Kau jeles kenapa' ke..tu lu orang punya pasal lah. I don't give a damn about it even a lil bit!
Anyway, tahniah lah buat jejaka idaman semelaya moden (except gua lah of cos) dengan pasangannya. Selamat mendirikan rumahtangga. Heh..

Wednesday, December 17, 2008
Tak sengaja
Beberapa hari lepas, gua terguriskan hati mak. Gua tak sengaja. Bila gua fikir balik, gua rasa macam tak baik betul gua cakap macam tu..
Aritu, gua beli set bilik tido. Mak gua berkenan set yang mahal terlampau. Tak berbaloi tuk anak dara macam gua. Lain lah kalau gua beli untuk kahwin. So, mak gua pun cakap, sok kalau gua kahwin, elok beli yang macam tu. Cantik kata mak gua.
Gua memang akui, memang cantik set tu kalau beli untuk pengantin. Tapi gua tak cukup kental dengar ayat-ayat macam tu. So gua pun ckp, "Ntah bilanya nak kahwin mak. Ntah-ntah tak kahwin pun." Mak gua berubah muka terus dengar gua cakap macam tu. Mak gua cakap tak baik cakap macam tu nanti jadi doa. Gua tersentak. Gua rasa macam tak baik pulak cakap macam tu...

Subscribe to:
Posts (Atom)