Allah, tolong lah jauhkan gua dari lelaki durjana bermulut manis macam gula satu kilang tumpah dalam mulut dia. Tolonglah!
Gua taknak terperangkap dalam alam penuh kepura-puraan. Gua taknak berjumpa lagi dengan manusia durjana yg bertopengkan malaikat. Lagi taknak bertemu dengan manusia yg suka memberi harapan palsu dan akhirnya lenyap begitu saja! Gua TAKNAK.
Sunday, January 24, 2010
Sunday, January 10, 2010
Bukak minda
x payah ingat dia lagi. Buang, masa buang tenaga, buang air mata. Dia ada ingat gua? Tidak. Oleh sbb dia x ingat gua, adalah baiknya gua pun x ingat dia. Tapi kenapa tiba-tiba dia terlintas jugak dalam kepala?
Payah kalau hidup telah ditakdirkan untuk menyayangi lelaki itu sedalam-dalamnya..Gua perlu bukak mata, bukak minda. Dia bukan dia lagi. Dan dia bukan milik gua.
Payah kalau hidup telah ditakdirkan untuk menyayangi lelaki itu sedalam-dalamnya..Gua perlu bukak mata, bukak minda. Dia bukan dia lagi. Dan dia bukan milik gua.
Tuesday, December 22, 2009
Tak cukup masa..
Bagai menjerat leher sendiri..gua cuba membuka hati seluas-luasnya untuk mencari cinta baru. Malangnya ianya membuatkan gua rasa semakin 'sakit' dan perit. Gua belum bersedia sebenarnya. Terlalu sukar bagi gua untuk menerima orang lain seadanya di kala hati gua masih sakit dengan dia. Hati gua masih belum 'sihat'. Masih perlu 'berehat'. Taktau lah berapa lama. Seandainya pulih pun, gua yakin takkan pulih sepenuhnya kerana parut akibat kelukaan itu tetap ada. Parut itu takkan hilang buat selama-lamanya. Memang tak akan..walau bagaimana gigih pun gua cuba. Sebagaimana parut operation di tangan kanan gua ni tak hilang, macam tu lah agaknya parut di hati gua..
Gua perlukan masa..Yg entah berapa banyak. Biasalah manusia, asyik cakap perlukan masa tapi hakikatnya masa memang tak pernah cukup sampai lah di saat menutup mata buat selama-lamanya..
Entahlah. Memikirkan benda macam ni memang buat gua pening. Hati gua sakit..Sakit betul..
Saturday, December 19, 2009
Noktah.
Gua taktau macam mana nak gambarkan apa yang hati gua tengah alami. Gua taktau nak suarakan bagaimana hancur, luluhnya hati gua bila mengenangkan hubungan selama 9 tahun yang terus lenyap begitu saja. Gua taktau nak rasa apa. Patut ke gua happy? Sedih? Atau menyesal tak sudah-sudah atas segala yang berlaku? Adakah selama ni gua dah membuang terlalu banyak masa dengan mengharapkan dia? Akhirnya jadi macam ni, gua seakan hilang arah, hilang harapan, hilang masa depan yang gua bayangkan dipenuhi dengan kebahagiaan yang akan gua kongsi dengan dia sehingga akhir hayat gua..
Tak langsung gua sangka keadaan akan jadi macam ni. Kali ni gua kehilangan dia terus, buat selama-lamanya mungkin. Dalam hati dia, dah tak ada gua..Mungkin memang tak pernah langsung gua ada dalam hati dia. Mungkin tak pernah langsung rasa sayang untuk gua ada dalam hati dia..Mungkin selama ini hubungan yang dibina semata-mata atas rasa simpati..Atau sekadar suka-suka..Gua tak mungkin tau, apa sebenarnya yang ada dalam hati dia..Tapi sekurang-kurangnya sekarang gua tau yang gua hanya menanti buah yang tak mungkin gugur..Gua tak ada dalam hati dia. Memang tak ada.
Gua tak harus menanti lagi. Cukup lah takat ini. Cukup lah derita yang gua tanggung bertahub-tahun kerana menanti dia.. Gua bukan dah tak sanggup, gua sanggup jika mengenangkan perasaan gua yg utuh terhadap dia. Tapi GUA TAK ADA DALAM HATI DIA. Jadi apa gunanya penantian tu..
Gua pasrah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Monday, November 30, 2009
Malas nak wish
Esok birthday that mangkuk. Gua ingat. Mmg ingat sangat. Tapi gua taknak wish. Lantak lah dia. Gua nak dia rasa apa gua rasa.
Sunday, November 29, 2009
Stop.
Apa yg paling pathetic ialah, bila gua masih teringatkan dia setiap kali gua tengok love story. Tengok twilight, ingat dia. tengok New moon, pun ingat dia. What the hell?
Bila gua nak betul-betul get over him? Bil gua boleh let go?? Gua dah tak sanggup lagi nak hidup dengan bayangan dia. Get real. Gua bukan Bella swan dan dia bukan Edward Cullen. In fact, dia langsung TAK LAYAK nak jadi Edward Cullen!
Sbb dia kejam.

Thursday, November 12, 2009
Life sucks
Life sucks when all i could do is think about him & all those stupid memories!
Life sucks!
Life sucks!
Subscribe to:
Posts (Atom)