Saturday, December 19, 2009

Noktah.

Gua taktau macam mana nak gambarkan apa yang hati gua tengah alami. Gua taktau nak suarakan bagaimana hancur, luluhnya hati gua bila mengenangkan hubungan selama 9 tahun yang terus lenyap begitu saja. Gua taktau nak rasa apa. Patut ke gua happy? Sedih? Atau menyesal tak sudah-sudah atas segala yang berlaku? Adakah selama ni gua dah membuang terlalu banyak masa dengan mengharapkan dia? Akhirnya jadi macam ni, gua seakan hilang arah, hilang harapan, hilang masa depan yang gua bayangkan dipenuhi dengan kebahagiaan yang akan gua kongsi dengan dia sehingga akhir hayat gua..

Tak langsung gua sangka keadaan akan jadi macam ni. Kali ni gua kehilangan dia terus, buat selama-lamanya mungkin. Dalam hati dia, dah tak ada gua..Mungkin memang tak pernah langsung gua ada dalam hati dia. Mungkin tak pernah langsung rasa sayang untuk gua ada dalam hati dia..Mungkin selama ini hubungan yang dibina semata-mata atas rasa simpati..Atau sekadar suka-suka..Gua tak mungkin tau, apa sebenarnya yang ada dalam hati dia..Tapi sekurang-kurangnya sekarang gua tau yang gua hanya menanti buah yang tak mungkin gugur..Gua tak ada dalam hati dia. Memang tak ada.

Gua tak harus menanti lagi. Cukup lah takat ini. Cukup lah derita yang gua tanggung bertahub-tahun kerana menanti dia.. Gua bukan dah tak sanggup, gua sanggup jika mengenangkan perasaan gua yg utuh terhadap dia. Tapi GUA TAK ADA DALAM HATI DIA. Jadi apa gunanya penantian tu..

Gua pasrah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Monday, November 30, 2009

Malas nak wish

Esok birthday that mangkuk. Gua ingat. Mmg ingat sangat. Tapi gua taknak wish. Lantak lah dia. Gua nak dia rasa apa gua rasa.

Sunday, November 29, 2009

Stop.

Apa yg paling pathetic ialah, bila gua masih teringatkan dia setiap kali gua tengok love story. Tengok twilight, ingat dia. tengok New moon, pun ingat dia. What the hell?

Bila gua nak betul-betul get over him? Bil gua boleh let go?? Gua dah tak sanggup lagi nak hidup dengan bayangan dia. Get real. Gua bukan Bella swan dan dia bukan Edward Cullen. In fact, dia langsung TAK LAYAK nak jadi Edward Cullen!

Sbb dia kejam.

Thursday, November 12, 2009

Life sucks

Life sucks when all i could do is think about him & all those stupid memories!


Life sucks!

Wednesday, November 11, 2009

Sia-sia

I've got the answer from him...Punya lama gua simpan kekuatan nak tanya dia benda ni. Akhirnya gua tanya jugak. Malam ini tiba-tiba kekuatan itu datang. Lalu gua pun tanya apa yg terbuku di hati gua..

Apa jawapan dia? Dia kata dia x boleh janji. x boleh janji or lu taknak kawin dengan gua?

Ok fine. Thanks a lot. Akan gua cuba bawak pergi hati ini jauh-jauh.

Sesungguhnya gua terluka. Semuanya sia-sia..Memang sia-sia. How could i be such a fool?

Sunday, November 8, 2009

Terfikir...

Gua selalu terfikir..Adakah dia rindukan gua macam gua rindukan dia? Atau hanya gua yg merasakan macam tu tapi dia langsung tak rasa apa?

Saturday, November 7, 2009

Stay this way

And I'm still thinking about the same person. *sigh*

"Wherever you go..whatever you do..I'm crazy for you.." -NSYNC