Wednesday, November 11, 2009

Sia-sia

I've got the answer from him...Punya lama gua simpan kekuatan nak tanya dia benda ni. Akhirnya gua tanya jugak. Malam ini tiba-tiba kekuatan itu datang. Lalu gua pun tanya apa yg terbuku di hati gua..

Apa jawapan dia? Dia kata dia x boleh janji. x boleh janji or lu taknak kawin dengan gua?

Ok fine. Thanks a lot. Akan gua cuba bawak pergi hati ini jauh-jauh.

Sesungguhnya gua terluka. Semuanya sia-sia..Memang sia-sia. How could i be such a fool?

Sunday, November 8, 2009

Terfikir...

Gua selalu terfikir..Adakah dia rindukan gua macam gua rindukan dia? Atau hanya gua yg merasakan macam tu tapi dia langsung tak rasa apa?

Saturday, November 7, 2009

Stay this way

And I'm still thinking about the same person. *sigh*

"Wherever you go..whatever you do..I'm crazy for you.." -NSYNC

Thursday, October 22, 2009

I know..

The BEST is out there.


Monday, October 12, 2009

x buat apa-apa dah

Skearang, bila gua ingat dia, gua dah tak buat apa-apa. Kalau dulu, gua godek balik kotak-kotak, cari diari lama, cari surat-surat dari dia. Belek gambar dia..Tapi sekarang, gua dah tak buat apa-apa..Sekadar merasakan perasaan 'rindu' semata-mata..

Biasalah..kadang-kadang rindu akan datang berbisik..Doa gua semoga dia sentiasa sihat sejahtera..

Tuesday, October 6, 2009

Keras.

Bukan senang nak puaskan hati semua pihak. BUKAN SENANG. Kadang-kadang gua x terlepas daripada membuat perkara bodoh. Bodoh dan kebudak-budakan tapi apakan daya, gua mempunyai sekeping hati yang sungguh keras. Sungguh batu. Memang gua macam tu..

Hati gua terlampau keras..terlampau liat untuk memaafkan. Sampaikan mengaburi akal fikiran yang waras. Gua tau apa yang gua lakukan melukakan hati sesetengah pihak yang gua sayang, x dinafikan. Tapi hati gua cukup keras.. Gua tak mahu orang tau hati gua tengah 'sakit'. Gua telan sendiri dalam-dalam biar gua nampak macam kuat. Padahal hakikatnya hati gua sakit yang amat. Sakit yang cukup membuatkan hati gua semakin keras..dan terus keras.

Gua tau tindakan gua kadang-kadang silap. Tapi gua pengecut..Terlampau payah untuk gua mengaku memang gua silap. Gua sanggup telan segala-galanya. Dengan harapan semua orang akan melupakan kesilapan tu.

Entah bila lah hati batu gua nih nak mencair... Gua dah x larat nak pendam semua kesedihan dalam-dalam. Gua memang dah x sanggup. Tapi apakan daya gua x mampu nak berkongsi segala kepahitan hati gua dengan orang lain. Gua masih x mampu.. Entahlah sampai bila gua mampu bertahan macam ni..

Monday, October 5, 2009

Merajuk?

Gua sekarang dah makin pandai merajuk. Hati gua dah semakin pandai terasa. Makin lama makin sentimental. Makin lama makin tak rock. Apa dah jadi dengan hati gua ni eh?