Tuesday, July 7, 2009

Sabar..

Dua tiga hari ni, gua kerap terkenangkan dia. taktau kenapa..Gua sikit pun x mintak jadi gitu..Tiba-tiba je dia muncul dalam kepala otak gua.

Kalau nak diikutkan, dah hampir 4 bulan dia diam. Diam membisu takde kabar berita. Langsung tak ada. Ada gua try call handphone dia tapi yg menjawab hanyalah operator maxis yg x habis-habis mengulang ayat.."The number you have dialled cannot be reached at this time". Tapi takpelah. Gua dah memang dah sedia maklum dia sedang dalam training. Mungkin dia sibuk. Gua pun malas dah nak contact dia. Kalau dia still ingat gua.."bestfren" dia ni, dia pasti akan contact gua. Taktau bila..tapi dia pasti akan. Kalau dia x contact pun, takpelah. Gua dah x kisah. Gua pun dah malas dah nak mengharap.

Jika ditanya tentang apa yg gua rasa..Gua akan cakap gua rindu. Yer memang gua rindu. walaupun antara gua dengan dia dah takde apa-apa, tapi gua sikit pun x benci dia. 9 tahun bukannya satu jangkamasa yg singkat. Itulah usia perkenalan gua dengan dia. Mungkin disebabkan itu jugak, gua x boleh buang dia dari hidup gua. Walaupun gua pernah try nak buang, gua still x boleh jugak. Terlampau banyak benda baik yg jadi dalam hidup gua sejak dia muncul dalam hidup gua masa usia gua baru cecah 18 tahun. Terlampau banyak. Lebih banyak manis dari yang pahit. Jadi, tak patut gua buang dia dari hidup gua. Biar apa yang jadi, dia tetap akan gua simpan di suatu ruang di sudut hati gua.

Sepanjang gua kenal dengan dengan lelaki, tak ada yg macam dia. Gua bukan saja nak banding tapi memang gua kena banding jugak. Dan gua bersyukur sebab dalam hidup gua, Allah bagi peluang gua kenal dengan dia. Lelaki sebelum dan selepas dia, semuanya serba tak kena. Semuanya gua tak berkenan. Bukan lah gua ni memilih sangat ke apa..cuma hanya dia yg gua suka. Maksud gua, betul-betul suka. I was in love. Madly in love. Hanya dengan dia. Tak ada lain, hanya dengan dia. Lepas dia, dah takde lain lagi yg gua boleh betul-betul suka macam gua suka dia. Gua pun taktau kenapa..mungkin sebab masa dengan dia, gua dah serahkan segala rasa sayang, cinta sepenuhnya untuk dia. Gua tau gua dah silap kat situ. Tu sebab lah gua susah nak jatuh hati lagi kat orang lain. Memang salah gua..gua akui.

Sekarang ni, gua dah taktau apa nak diharapkan lagi. Gua hanya mampu berdoa. Moga Allah beri yg terbaik untuk gua. Jika dia yg terbaik untuk gua, gua terima. Gua redha. Kalau bukan dia pun, gua tau Allah dah tetapkan yg terbaik untuk gua. Yg penting, gua kekal bersabar.

Sunday, July 5, 2009

Kenangan

Antara gua dengan kenangan gua...bagaikan isi dengan kuku. Gua masih hidup dalam kenangan..Walaupun adakalanya gua cuba menafikan..

Kenangan yg manis tu, gua tetap akan semat dalam hati gua. Akan sentiasa gua simpan dalam darah, dalam daging dan yg paling penting dalam kotak memori. Biarkan ianya tersimpan kemas di situ. Tanpa ada sikit cacat cela pun..

Bukan kenangan pahit saja yg mampu buat air mata mengalir..Yg manis pun mampu jugak. Kadangkala yg manis tu lebih menghiris hati sebab kebarangkalian yg manis nak berulang lagi di lain kali tu lebih kurang daripada kebarangkalian yg pahit..

Walau apapun..Gua tetap percaya akan takdir Allah. Semoga apa yg gua impikan akan terlaksana. InsyaAllah..

Wednesday, July 1, 2009

Wanita tolong jangan terpedaya. Tolong!

Atas nasihat rakan-rakan, gua pun pergi jumpa jugak mamat yg Kak Yati kenalkan kat gua tuh. Dan seperti yg gua expect from the beginning, memang kesudahannya sangat buruk.

Al kisahnya, si mamat nih mula-mula rajin sangat contact gua. x cukup sms, dia call. Pastu macam biasa lah gua..ikut suka hati perut gua lah bila gua nak angkat bila gua taknak angkat. Pastu si mamat ni pulak seboleh-bol$eh nak jugak nak call. Ok lah, gua angkat jugak lah kadang-kadang. So borak-borak lah.. Dalam phone, sopan habis lah konon. Segala benda kontrol. Nak tunjuk diri dia baik sangat lah.Alim. Tapi kalau lu baik sangat apahal x habis-habis ajak gua jumpa berdua? Padahal gua dah berapa banyak kali cakap gua taknak jumpa dengan dia berdua. Gua cadang, biar Kak Yati & hubby ikut sekali teman gua. Tapi yg si mamat ni seboleh-boleh taknak. Nak jugak gua datang secara solo. Alim pekebenda nya gitu? Hak ptuih!

mula-mula, gua memang berat hati sangat-sangat nak jumpa dengan mamat ni. senang cakap, gua memang taknak! Tapi Kak Yati dengan hubby dia beriya-iya suruh gua pergi jugak. Kata Kak Yati, pasni kalau x berkenan x payah kawan dah. Masalahnya ni bukan soal berkenan atau tidak. Ni soal hati gua. Hati gua memang rasa berat sangat dengan dia ni. Takde rasa apa-apa. Semuanya hambar. Gua kawan dengan dia pun sebab Kak Yati dah bagi number gua kat dia. Padahal gua tak suruh pun!

Since kenal via phone, gua dah warning awal-awal. Nak jumpa gua, jangan nak expect gua ni cantik ke apa. Gua cakap awal-awal gua ni biasa je. Gua x cantik. Gua tembam, x kurus cam model ke apa. Yg si mamat ni cakap takpe, dia bukan hensem pun. Ah dasar mulut manis memang camtu lah kan. Belum jumpa semua benda okay, orait, no problem, dah jumpa buat taik! Dah banyak lah kes gini. Tak payah nak cover baik sangat lah. Autakare je banyak!

Dengan rasa berat hati yg amat sangat, gua pergi jumpa mamat ni. Tak lama, kejap je pun! Kejap sangat! x sampai 2 jam! Mula-mula gua cakap jugak kat dia, gua rasa macam taknak jumpa. Gua berat hati. Gua terus terang habis lah kan. Takde kuasa lah nak hipokrit kan. Then dia nak jugak jumpa. Siap desak-desak gua. Gua sebenarnya dari awal kenal lagi dah x sedap hati dah. Memang lah dalam phone dia ni tahap alim wali songo. Cakap sopan lah konon. Tapi slack dia dah nampak bila gua mintak send gambar dia kat gua, dia bagi banyak alasan. Seboleh-boleh taknak bagilah kan. Nak jugak jumpa. Suruh gua tengok sendiri dia depan-depan. Poyo sangat lah tu kan. Sebenarnya gua tau sangat jenis jantan camni. Nak jumpa terus sebab senang lah nak blah kalau x berkenan dengan pompuan kan..Kalau pompuan tu simpan gambar dia, payah pulak kemudian nanti kan. Lu toksah nak bongak lah mamat. Ni orang terpelajar lah beb. Bukan orang bodoh takde otak!

Gua pergi jumpa dia secara solo. Mula-mula ada hati gak tu ajak gua naik kereta berdua dengan dia. Wahhh memang 'alim' sangat lu ni ek. Gua secara gentlenya menolak lah kan. Takde kuasa lah gua nak naik kereta dengan stranger. Muka lu pun gua taktau camana tiba-tiba nak naik kereta lu pulak..apahal? So, gua bawak kereta gua lah kan. Dia bawak kereta dia. Jumpa lah kat this one place. Kebetulan gua nak pergi beli buku jugak. So menuju ke kedai buku lah. Dia ikut gua.

Seumur hidup gua lah kan...ini lah perjumpaan yg paling teruk. Walaupun boleh dikatakan sebagai blind date, tapi gua tak hingin langsung nak fikir benda ni sebagai date! Tak layak langsung! Lagipun dia bukan buah hati gua atau lelaki yg gua sayang ke apa kan. So, x layak. Bukan apa, cuba lah bayangkan. Jumpa macam x jumpa. Boleh kira berapa patah ayat dia cakap kat gua. Gila bisu! Nak kata bisu, kata Sarjan Askar kan. Kata mengajar budak askar kan. Tapi dalam mulut lu macam ada jongkong emas lah pulak kan.. Cakap dua tiga patah. Kata Kak Yati, dia ni pemalu. Pemalu ke apa nya kalau dalam phone boleh pulak cakap banyak kan. Siap jual minyak urat bagai.. Bila dah berdepan apsal lu jadi macam tikus?? Dah lah langsung x pandai ambik hati gua. Boleh pulak biar gua bawak sendiri barang yg gua beli sendiri dengan duit kan. Lu jalan berlenggang mak minah lah kan.. Memang jenis x gentle langsung! kalau jenis lelaki gentle, perempuan beli barang, dia lah yg tolong bayarkan. Pastu at least offer lah nak tolong bawakkan. Pompuan tu kasi ke tak tu belakang kira lah kan. So, memang TOTAL disaster!

Oleh sebab gua dah rasa boring tahap wali-wali, gua pun tanya lah bila nak balik. Gua ni memang jenis jujur bendul. Kalau gua tak selesa atau x suka atau rasa x best langsung, gua memang tunjuk punya. Better lah kan dari hipokrit. So, kami pun keluar lah dari that building. Pastu si mamat ni ajak pergi makan kat mapley. Ok lah kan..Lagipun perut gua memang tengah lapar nak mampus! Dah la dia tinggalkan gua jalan sorang-soranvg kat belakang. Pastu masuk mapley tu, dia ambik makanan dia sendiri je sikit pun x pelawa gua nak makan apa. Buat macam total stranger. Gua blur habis! Last-last mamak sorang ni lah yg datang kat gua tanya nak makan apa. So, gua cakap lah apa gua nak makan. Pastu yg si mamat ni buat bodoh. Gua tanya lah nak duduk kat mana. Dia jawab duduk kat sudut hujung dalam kedai tu.

Masa makan, dia menyuap punyalah laju. Memang sesuai lah istilah makan tak pandang orang untuk dia. Yg gua ni pulak macam orang bingung je. Dia sikit x cakap apa dengan gua. Masa gua makan pun, dia buat-buat baca buku yang dia beli masa masuk kedai buku sebelum tu. Buku TAUHID kata dia. Waaahhhh. Memang betul tunjuk alim lu depan gua eh..

Masa balik, boleh dia just cakap, "Okay lah eh." je kat gua pastu blah. Takde lah nak iring gua jalan ke kereta gua ke apa..Memang lah dasar tak gentleman. Umur dah 32 tahun pun x reti-reti nak belajar jadik gentleman. Memang a turn off lah orang kata. Gua panas hati jugak lah kan.. Sebab masa ajak jumpa tu beriya-iya. Gua budget dia cam gentle lah jugak kan.. Rupa-rupanya hampeh!

Apa gua rasa eh? Toksah tanya lah kan. Penyesalan yg amat nyata! Memang a total disaster! Gua tak pernah lah keluar dengan orang gini. Memang sangat pelik! Pastu, sampai esoknya dia langsung tak contact gua! Jangan kata call, sms pun tidak. Wahhh bagus betul. Gua memang dah tahap nak sumpah seranah jugak lah kan. Apa dia ingat gua sampah ke apa kan..

Last-last lusa beliau sms jelah. Kata sorry. Pastu tanya gua sampai umah pukul berapa lepas jumpa dia. Taik!! Dah dua hari baru lu nak tanya memang sengal otak lah tu kan. Kot kalau gua eksiden ke lepas balik jumpa lu tu pun lu taktau lah kan. Sebab lu buat diam kan. Pastu tak explain pula tu apahal diam. Buat macam takde benda. Pastu malam tu sms tanya gua buat apa. Tu ajelah. Esoknya dan sampai lah skang ni, diam terus!

Memang nampak sangat lah si sarjan sekor ni memang haprak. Lu ingat cam lu bagus sangat lah kan. Buat gua macam sampah. Terus diam habis. Gua rasa lah, dia ni tak berkenan lah kot dengan gua. Al maklum lah gua ni kan x cantik cam erra pazira tu. Agaknya dia budget gua cun cam Jennifer Lopez ke apa lah kot. Padan lah umur dah 32 x kawin-kawin. Memang jenis memilih tahap cipan lah kot. Padahal lu tu sarjan je. Umur 40 dah pencen, tak payah cakap banyak lah. Gua bukan nak hina taraf dia lah kan. Yg gua maksudkan, toksah nak berlagak cam bagus sangat lah kan nak buat perangai camtu. Lain lah kalau lu tu Pegawai ke apa kan. Gua tak heran pun lu x berkenan kat gua pasal gua pun bukannya berkenan kat lu pun. Lagipun bukan gua yg beriya nak kawan dengan dia. Dia yg beriya nak kenal sangat dengan gua. Paksa-paksa gua jumpa dia. So, gua tak heran pun. Cuma yg gua kesalkan..dia ni jenis lelaki yg tak boleh pakai. Jenis haprak! Buat orang macam barang atau sampah. Sesenang je campak atau buang terus. Kata alim...orang alim takde de nak putuskan silaturrahim cam lu.

Lagi satu, gua fikir dia ni mesti nak cari calon bini. Gua awal-awal dah cakap dah..dengan Kak Yati pun gua cakap awal-awal..gua just nak kawan. KAWAN. Bukan nak buat calon suami ke apa kan. Yg si haprak ni pulak dok cakap kat gua yg dia tengah cari calon & gua calon dia. Hak ptuih! Lepas lu jumpa gua, lu tak berkenan lu buang terus la..gitu? Memang taik punya orang. Gua cam rasa terhina lah jugak kan. Sebab dia putuskan silaturrahim cenggitu je kan. Gua tak heran pun dia x jadi laki gua. Gua pun sikit takde perasaan kat dia. Cuma yg gua kesal, dia jenis manusia yg buat silaturrahim sesama manusia ni macam mainan. Apalah salah terus kawan ke apa kan. Ni terus diam. Lu tanggung lah dosa lu sendiri eh mamat haprak. Gua x nak tanggung apa-apa..And namanya gua nak terhegeh-hegeh kat dia, jangan harap lah! Tak hingin akuh! Banyak lagi orang lain nak kat akuh!

Kesimpulannya, lepas ni tak payah lah nak ikut cakap orang sangat. Kadang-kadang rasa hati sendiri tu betul. No wonder lah hati gua rasa berat sangat nak jumpa dengan si mamat haprak ni. Rupanya dia nak buat taik. Seumur hidup gua, gua belum pernah lah kena camni. Kira si haprak ni orang pertama tu beb. Mesti dia bangga betul. Takpe..takpe..Allah tu Adil. Biar Allah je balas kat lu. Masa lu akan tiba jugak, jangan risau..

Apa gua rasa skang? Takde apa. Cuma ada sikit funny lah jugak sebab gua boleh terjebak dengan mamat haprak macam ni. huhuhu

Buat rakan-rakan wanita yg lain, jangan lah terpedaya dengan mulut jantan jenis gini. Silalah berhati-hati. Jantan jenis gini, mengayat memang pandai. Mulut manis cam gula tebu. Pastu tunjuk alim tahap kaw-kaw, bukan sikit-sikit. Tapi sebenarnya hampeh! So, hati-hati. Tu aje gua nak cakap! Hopefully pasni gua x jumpa dah jantan haprak cam mamat sekor ni. Amin!

Thursday, June 11, 2009

Jahanam!

Arini gua panas hati betul. Gua taktau lah ni mungkin sebab gua tengah period ke apa. Tapi gua hangin betul bila someone ni cakap sebagai perempuan kalau umur dah 27 tu bukan dikira tua ke? Kuang ajar betul mulut dia. Terus gua sentap habis. Mula-mula elok je berbual bila dia cakap macam tu, terus gua sakit hati. Terus gua cakap kasar habis dengan dia. lantak lah. Gua peduli apa. Sapa suruh cakap macam tu. Apa hina sangat ke gua kalau umur gua dah 27 tapi gua belum kawin? Tua sangat ke gua??

Pastu tadi kat tagged, ada jantan durjana mana tah tak pasal-pasal cakap orang macam gua ni mesti dah takde dara. Kepala otak lu lah! Bodoh punya orang. Lu ingat, gua ni perempuan jenis apa? Lu kenal gua pun tak sukati mak abah lu je nak memfitnah gua macam-macam. Lu tu agaknya kaki perosak anak dara orang tu sebab suka sangat cakap macam tu kot. Bangsat punya orang. Tak guna. Lu tanggung lah dosa lu sendiri memfitnah gua macam tu. Jahanam!

Takpe. Selagi gua leh bersabar ni gua sabar lah jugak. Lagipun buat apa gua layan makhluk jahanam cam tu buang masa gua je. Lebih bagus ignore aje. Dah block dah pun jahanam tu. Bagus. Aman hidup!

Monday, June 8, 2009

Runsing

Gua dah taktau nak mengadu pada siapa lagi tentang perasaan gua. Gua hanya ada Dia. Kalau gua tak mengadu pun Dia memang Maha Mengetahui apa yg tersirat di hati gua. Gua teramat sedih sebenarnya. Tak tau kenapa, lawat kebelakangan ni gua kerap memikirkan hal masa depan gua. Esp berkaitan dengan jodoh.

Gua sebenarnya sangat sedih. Apakah kesudahan kehidupan gua? Adakah gua akan mati muda. Atau adakah gua telah ditakdirkan untuk hidup sendirian tanpa teman seumur hidup? Atau adakah gua ditakdirkan berkahwin pada umur yg sangat lewat iaitu bila gua dah tua?

Entahlah. Gua runsing memikirkan hal ni. Gua dah taktau macam mana nak jangka siapakah jodoh gua. Gua seriously taktau! Dulu gua ada menanam sedikit harapan.. Bahawa dia tu adalah jodoh gua. Walau macam mana marah pun gua pada dia..walau macam mana benci pun gua pada dia..gua tetap harap dia adalah jodoh gua..

Tapi, semakin hari berlalu...gua dah taktau apa nak jangka. Dia semakin jauh dari gua..bayangan masa depan yg gua jangkakan dah hancur musnah sama sekali. Gua dah tak nampak masa depan gua dengan dia. Gua tak nampak langsung. Jadi gua terpaksa berhenti berharap..walaupun pada hakikatnya hati gua merana. Hati gua sakit..hancur.. Allah saja yg tahu macam mana peritnya gua rasakan..

Ramai nak kenalkan gua dengan lelaki. Tapi taktau kenapa hati gua terlampau berat nak yakin bahawa lelaki-lelaki tu semua jujur dan ikhlas. Dalam kepala gua hanya satu, semua lelaki ni tak jujur. Semuanya nak main-main. Semuanya bukannya nak serius dengan gua, tapi nak permainkan perasaan gua. Kak Yati kenalkan gua dengan someone. Okay lah gua cuba kawan. Mula-mula okay, nampak bersungguh. Nampak cara macam baik orangnya. Tapi entah lah gua ni. Mungkin salah gua jugak..gua macam main-main. Gua tak tunjukkan kesungguhan jugak. Bila dia ajak jumpa, gua selalu je mengelak. Mungkin tu silap gua. Tapi dia kena faham. Gua perempuan. Gua ada perasaan was-was. Gua takut!

Tak apa lah..Mungkin in petanda Allah makbulkan doa gua. Gua selalu mintak dijauhkan dengan lelaki yg BUKAN jodoh gua.. Mungkin dia ni bukan jodoh gua..

Gua tak patut rasa sensitif macam ni. Ke gua suka kat dia? Entah lah gua memang taktau apa yg gua rasa sebenarnya. Gua memang serabut! Gua semakin tak matang dalam berfikir! Mana mungkin gua sukakan orang yang gua tak pernah tengok..tak pernah jumpa. Hanya bersms dan berbual di telefon dalam tempoh masa yg singkat je baru pun! So, fikir logik pun, buat apa gua nak rasa sensitif sangat??

Ah sudah. Tak payah fikir.

Sunday, June 7, 2009

Cukup.

Hati menjadi tawar. Setawar air yg memang dah tawar. Sudah lah tawar, makin tawar. Apa yang dirasa hanyalah tawar. Mungkin memang dah lama tawar pun cuma baru sekarang terasa rasa tawar tu...

Kenangan tolong jangan datang lagi. Gua tak mahu diganggu lagi. Jangan bikin kepala gua runsing. Cukup!

Buat angin bayu yg tidak berhenti bertiup, tolong bawa jauh kenangan itu pergi. Jika boleh tolong lenyapkan ia selamanya. Sebab gua dah tak sanggup nak simpan lagi.. Cukup!

Monday, June 1, 2009

27

Happy 27th Birthday, myself. May all of our dreams come true. insyaAllah