Monday, March 23, 2009

Jauh!

Serious gua rasa macam nak pergi jauh. Jauh yang jauh! Pastu gua taknak balik sini lagi boleh?? Sengal sungguh mood skang ni..haha

Saturday, March 21, 2009

Gua memang kental..

Kadang-kadang, gua terasa seperti ingin membawa diri. Jauh dari sini, jauh dari orang-orang yang gua kenal. Gua nak pergi tempat asing. Tempat di mana takde sorang pun kenal gua.. Gua jadi macam total stranger.

Gua ni sebenarnya sorang yang sangat pandai sorok perasaan. Gua sedih pun orang tak nampak gua sedih. Gua tak pandai nak menunjuk sedih. Menunjuk marah gua pandai lah tapi tu pun kejap aje. Gua mana boleh marah lama-lama. Gua rasa macam tak selesa.. Tapi kalau sedih gua memang pandai sangat sorok. Orang akan nampak gua happy sungguh padahal orang taktau gua sedang menanggung kesedihan yang teramat sangat. Benda ni memang gua arif sangat.

Gua anak tunggal. So gua takde masalah jika ditinggal sendirian. Gua dah biasa alone. Letaklah gua kat mana-mana, insyaAllah gua boleh berdikari. Rasa lonely memang ada kadang-kadang..tu tak dapat dinafikan. Semua orang pun rasa macam tu gua rasa. Taktau lah kot gua aje yang rasa kan.. Tapi gua tak kisah sangat. Rasa lonely tu lah buat gua rasa kental. Gua boleh bangga dengan diri gua sebab gua dapat teruskan hidup walaupun tanpa adik-beradik, tanpa boyfren.. Sebut pasal boyfren..ntah kenapa gua dah tak rasa apa-apa dah. Gua dah tak kisah. Pengajaran paling berharga dalam hidup gua, jangan main terima sapa-sapa dalam hidup dengan terburu-buru semata-mata nakkan boyfren. Tu gua memang ingat sampai bila-bila. Nasihat gua untuk diri gua sendiri. Tak ditujukan untuk sapa-sapa..

Skang gua bahagia dengan hidup gua. Bahagia sebab dah takde orang ganggu, dah takde jantan keparat mengacau, dah takde orang yang penuh hasad dengki datang mengganggu emosi gua. Cuma kadang-kadang kepala otak gua aje yang pikir bukan-bukan. Tapi tu biasalah.. Asalkan hidup gua sihat tanpa gangguan, gua dah cukup bersyukur kat Dia.

Monday, March 16, 2009

Jodoh..

Gua takde jawapan untuk soalan gua sendiri dalam previous post. Gua belum ada lagi jawapannya. Gua sendiri taktau apa yang gua fikirkan semalam. Gua kalut? Gua cuak? Gua risau? Risau maybe adalah sikit.

Gua sebenarnya dah pening dengan soalan orang ramai. Macam biasalah. Sebagai seorang anak dara single yang bakal berumur 27 tahun this coming June, gua memang tak dapat nak lari dari soalan-soalan macam "Bila nak kawin?" "Dah ada calon ke?" "Memilih sgt kot ko nih?". Gua memang dah masak sangat dengan soalan-soalan macam ni. Sampaikan gua sendiri tergaru-garu kepala yang sebenarnya tak gatal pun!

Sebenarnya gua sendiri taktau apa nasib gua. Jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Gua pernah merancang, tapi takdir Allah lebih berkuasa. Jadi, gua tak boleh nak buat apa. Yang boleh gua buat, hanyalah redha akan ketentuan Allah.

Bukan gua taknak kawin. Sebagai umat Islam, gua memang nak. Rasulullah pun tak mengaku umat kalau gua kata taknak! Gua taknak lah sampai macam tu. Sebab gua orang Islam. Gua jugak seorang manusia normal. Gua memang ada niat untuk itu. Cuma masanya belum tiba. Dan gua masih belum jumpa gua punya Prince Charming.

Gua dah taknak mengulang kesilapan masa silam. Gua buta kerana cinta. Masa tu gua fikir bila gua jatuh cinta dengan seorang guy, maka guy itulah segala-galanya buat gua. Tak akan ada cinta lain. Hanya dia. Cinta hanyat untuk dia. Tapi gua ternyata silap. Gua bodoh. Sekarang ni tengok apa dah jadi. Gua takde pulak menjadi dengan dia. Padahal gua dah spend 6 tahun hanya cintakan dia. Tapi kesudahannya apa? Tak ada apa-apa. Tapi gua tak salahkan that guy. Gua yang terlampau ikut perasaan. Sebab gua bodoh. Gua tak patut sayang orang sepenuh hati. Gua tak patut obses sangat dengan cinta. Gua yang silap. So gua sendiri tanggung risikonya.

Lepas cinta pertama, gua tak jumpa dah lelaki yang gua boleh sayang sepenuh hati macam cinta pertama gua. Ada gua cuba..tapi yang gua jumpa hanyalah lelaki jahanam. Yang nak amik kesempatan. Yang nak melukakan hati gua dengan sengaja. Sakitnya hati gua Allah saja yang tau. To be completely honest, gua masih belum heal dari kelukaan itu. Sesungguhnya gua terasa sangat perit! Tapi kata orang, anggap saja sebagai pengalaman hidup..

Sekarang gua ada sedikit fobia. Gua rasa payah sangat nak percayakan lelaki. Bukan gua kata lelaki jahat. Cuma gua belum jumpa yang betul-betul ikhlas dengan gua. Gua taknak main tangkap muat. Gua taknak! Bagi gua, biarlah dapat yang betul-betul boleh jaga gua seumur hidup. Macam mak bapak gua jaga gua. Bukan dapat yang sesuka hati nak menyakitkan hati gua. NO! Gua taknak dah. Cukuplah pengalaman lalu. Moga Allah ketemukan gua dengan lelaki yang memang diciptakan untuk gua. Seandainya lelaki itu memang tiada, gua tetap redha. Gua tau, Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu...

Sunday, March 15, 2009

Tanpa tajuk

Ajie dah kawin..Annetot dah bertunang..Ninder dah pregnant..Enander dah ada abg inspektor..Gua?

Thursday, March 12, 2009

Benci

Gua benci manusia yang suka melekehkan perasaan orang lain. Tapi gua lebih benci makhluk yang suka main tarik tali. Gua tak faham dengan sesetengah makhluk. Apa yang diorang dapat dengan mempermainkan perasaan orang lain eh? Gua serik jumpa makhluk haram jadah macam tu. Moga-moga Allah lindungi gua dari segala kelukaan. Amin.

Wednesday, March 11, 2009

Gila?

Gua dah gila. Gua suka citer Cinta Untuk Ain. Gua siap layan kat web tv3 lagi! haha gua memang dah gila! :P

Tuesday, March 10, 2009

Penat

Penat lah penat. Memang penat hari ni. Betul punya penat. Tapi puas hati sebab baju kurung Pahang yang gua tempah dah siap! Boleh pakai masa pergi kenduri kawin Ajie & pertunangan Anne! Gua pakai baju kurung Pahang? Apa nak pelik. Hari-hari pun gua pakai baju kurung pi skolah. hahaha