Malam ni gigil rasanya. Cuaca sejuk semacam. Seram sejuk pulak rasa. Gua boring betul. Tadi dah main games Dynomite. Pastu gua baca novel. Pastu goreng cekodok. Tu jelah rutin kehidupan cuti gua. Tak pergi kemana pun. Nak pergi jogging hujan pulak.
Gua suka baca novel karya Damya Hanna. Bekas student UKM macam gua jugak. Fakulti kami sebelah-sebelah aje. Beliau graduan Ekonomi & gua graduan Math. Gua mula-mula taktau dia budak UKM jugak tapi kawan gua bagitau. Dulu Damya tu duduk kat Kolej luar (Idris Marbawi) so memang takde can lah nak bersua sangat. Tapi yg pasti, bagi gua Damya memang penulis yg sangat sangat berbakat. Gua memang kumpul abis segala novel hasil penulisan beliau. Sejak Bicara Hati, gua memang dah sangkut dengan penulisan penulis muda sebaya gua ni. Alangkah best betul kalau gua berbakat macam dia!
Malam ni, gua mengadap lagi laptop buruk gua ni, menconteng arang kat blog ni. Ni jelah keje gua. mengadap internet. Bersosial dengan blog jelah. Nak keluar kemana gua takde hati sangat dah. Kecuali pergi kerja, beriadah, jalan-jalan yg perlu. Kalau tak memang gua malas. Apa nak jadi dengan gua? Ntah. Gua pun taktau. haha
Monday, March 9, 2009
Sunday, March 8, 2009
Games
Hidup tanpa games memang membosankan. Bila ada games, amat melalaikan! haha. Gua boleh pulak ikut kepala otak weng gua melayan games Dynomite yang dah berkurun lama tu kat laptop buruk gua malam tadi. Mula-mula tu cadang nak layan Urban Legend. Tp terbukak pulak games tu. Urban Legend tah kemana gua pulak melayan Dynomite!
Games Dynomite ni memang berantu lah gua rasa. Dulu gua ingat lagi zaman gua giler main games ni masa lepak kat bilik Adik Geda. Zaman gua study kat UKM dulu lah. Especially during Ramadhan. Sementara tunggu nak pegi solat tarawih tu, gua layan Dynomite dulu! Pc si Adik Geda lah menjadi mangsa kerakusan gua bermain tembak-tembak telur dinasor tu! Maklum lah gua rajin merempat ke bilik dia. Bilik sendiri gua anak tirikan. kahkahkah. Adik Geda hanya menggeleng-geleng kepala menengok telatah gua yang macam budak-budak dapat mainan! Takmau dilepas-lepas. haha
So malam tadi, berulang kembali nampaknya zaman kegemilangan gua bermain dynomite! Skali main, takmau berenti sampai lah jam menunjukkan pukul 4.00am! Giler gua tak sedar! Bila dah sedar tu cecepat gua off laptop & mentidurkan diri. Takut tak bangun pulak Subuh. Nasib baik suara emak gua tu power, bangun jugak gua menunaikan kewajiban sebagai hamba Dia. Tapi lepas solat gua tido balik! Ngantuk ar! hehehehe
Tapi, dekat pukul 11.00am gua dah bangun. Emak pegi klinik buat overtime hari ni. So gua janji dengan emak gua nak masak ayam masak kicap. So gua pun menunggang terbalikkan dapur lah pukul 11.00 tu. haha. Dah siap masak pun. Kejap aje. Maklum lah sekadar ayam masak kicap. Teringin pulak nak makan! Padahal gua bukan suka masak kicap pun. Pelik..pelik.. Kejap lagi lepas zohor, gua akan memulakan aktiviti mendynomite lagi! yahoooooooooooooooo hidup memang indah bila ada games!

Bahagia
Hari ni mood gua baik pulak. Semacam punya baik. Pagi-pagi lepas solat Subuh, gua terus goreng cekodok. Kasik family members makan. Pastu gua berguling balik atas katil. hahaha. Tapi takpe, gua puas hati sebab hati gua senang hari ni.
Sepanjang hari, gua malayan tv dengan emak. Petang tadi gua ingatkan nak pergi jogging. Tapi cuaca terik semacam pulak. Berbahang betul. Dekat pukul 7 pun panas lagi. Gua cancel. Terus gua duduk rumah aje. Berehat dengan family members.
Esok sekolah cuti. Gua ada masa satu hari lagi untuk rest kat rumah. Kerja semua dah siap. Lesson plan semua dah setel. So gua relax betul. Gua baca novel, gua mengadap laptop usang gua ni. Bahagia betul hidup gua. Walaupun kadang-kadang gua rasa rindu nak bersosial dengan kawan-kawan karib. Next week, salah sorang kawan karib gua menikah. Yang sorang lagi pulak bertunang. Bahagia betul gua rasa. Gua hanya tumpang kebahagiaan kawan-kawan karib, tapi gua puas hati. Sebab gua dapat tempiasnya. Cuma untuk diri sendiri gua perlu tunggu dulu. Tak apa..Allah Maha Mengetahui. Gua x perlu nak risau sangat.

Saturday, March 7, 2009
Gangguan
kadang-kadang gua tak paham dengan diri sendiri. Gua rasa macam gua happy walaupun hakikat sebenarnya gua memang sedih sangat-sangat. Gua pikir gua boleh lupakan benda-benda lepas yg meremukkan hati gua. Tp gua silap. Kadang-kadang benda-benda tu datang mengganggu ketenteraman hidup gua. Bila gua terkenangkan orang-orang jahanam yg buat hati gua hancur, gua rasa marah macam kan apa. Gua rasa macam dendam yg amat-amat!
What is wrong with me?? Sampai bila gua nak hidup dengan dibayangi rasa benci dan marah? Kenapa tak boleh erase aje segala-gala benda yg buat hati gua hancur punah ranah tu? Kenapa tak boleh lupakan aje jahanam-jahanam yg dah pecahkan hati gua tu semua??
Hidup memang pelik. Funny that people still ask me when am i going to tie a knot! Macam mana benda tu nak jadi reality if sampai skang gua x jumpa gua punya significant other? Tunggu lah satu hari bila gua jumpa. Masa tu gua akan kongsi berita gembira tu. So don't worry about me. Pls don't!

Thursday, March 5, 2009
Berubah
Kehidupan agak membosankan sekarang ni. Gua hanya bz dengan kerja, kerja dan kerja. Takde masa nak pikir benda-benda yg lain sgt. Apa sudah jadi sama life gua? Ntah gua pun taktau. Heh...
Sunday, January 25, 2009
A change.
Gua da kurang huha huha macam dulu. Gua lebih celik mata berbanding dulu. Gua lebih nampak jauh dari yang dekat. Sesungguhnya gua dah berubah.
Mungkin sebab gua dah tua. Mungkin jugak gua makin sedar diri dengan pelbagai kejadian dunia yg kerap berlaku. Gua dah makin sedar..
Moga kehidupan gua akan terus dalam kesedaran macam ni dan tidak lagi dibelenggu perkara remeh yg tak sepatutnya gua fikirkan. Gua tau Allah dah tetapkan yg terbaik buat gua. InsyaAllah.

Thursday, January 1, 2009
Azam
2009..
... gua nak perbanyakkan amal ibadah
... gua nak jadi lebih berdedikasi terhadap tugas gua dalam mendidik anak bangsa.
... gua nak jadi lebih kuat & tabah dengan dugaan mendatang!
... gua nak kurangkan huha huha tp lebihkan senyap
... gua nak kurangkan amarah terpendam dan juga dendam
... gua taknak dah orang tengok gua nangis
... gua taknak dah jumpa lelaki durjana
... gua taknak dah jumpa kawan makan kawan
... gua taknak dah keras hati sangat
... dan lain-lain yang lebih baik gua simpan dalam hati! :)

Subscribe to:
Posts (Atom)